Rabu, 14 Oktober 2020

KES BERAT

 



BETUL KE NI?

KAH KAH KAH


Setiausaha politik

 Mat Sabu didakwa

 kerana rasuah esok

Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu akan didakwa dengan beberapa siri pertuduhan rasuah mulai esok, kira-kira tiga bulan selepas penangkapannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai lalu.

Difahamkan, Mohd Azhar Che Mat Dali disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan dengan projek rundingan terus Kementerian Pertahanan bernilai RM56 juta akan dituduh di mahkamah di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Semasa ditahan, pegawai SPRM dilaporkan merampas wang tunai dari Azhar, 49, bernilai lebih RM70,000 dalam pelbagai mata wang, bersama dengan dokumen yang berkaitan dengan projek itu.

Ketika dihubungi, Azhar mengatakan masih belum diberitahu mengenai pertuduhan tersebut dan enggan mengulas lanjut.

“Tidak tahu nak komen sebab tidak tahu tuduhan berkaitan apa,” katanya kepada MalaysiaNow.

Terdahulu, siasatan awal SPRM mendapati Azhar dipercayai menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek itu pada sekitar Ogos 2019.

KEJAP JADI

SETPOL DAH

PANDAI BUAT DUIT

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: