Rabu, 14 Oktober 2020

MUSTAHIL MUSTAHIL MUSKATI

 


MUSTAHIL

MUSTAHIL

MUSTAHIL 

MUSKATI

ANWAR PEDAYA

AGONG

KAH KAH KAH

SEKARANG

MUJAHID HUSAM

DR HATTA 

BOLEH ANWAR 

PUTAR 

AMIN

TAPI GUAN ENG 

MAT SABU 

DAH SEDAR

DAH MASUK 

MUSKATI

UNTUK KENA 

TIPU LAGI

KAH KAH KAH

Anwar perdaya Agong, 

permain institusi Raja,

 kata Pemuda Bersatu

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim bukan sahaja memperdayakan Yang di Pertuan Agong tetapi juga mempermainkan institusi diraja ketika menghadap Agong semalam, kata Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

Ashraf berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Anwar di Kuala Lumpur, hari ini.

“Dia membuat masalah kepada Agong yang baharu sahaja keluar hospital. Agong patutnya menggunakan masa ini untuk berehat (untuk pulih) tetapi sebaliknya terpaksa berjumpa Anwar yang tidak memberi nama ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk menjadi perdana menteri.

“Anwar hanya fikir dirinya sahaja. Dia tak fikir tentang kesusahan rakyat semasa pandemik Covid-19 ini. Dia memilih untuk teruskan agenda sendiri sedangkan rakyat terus menderita.

“Dia perdaya Agong dan menghina institusi diraja,” kata Ashraf di Balai Polis Dang Wangi.

Anwar sebelum ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sudah tumbang kerana beliau berjaya meraih sokongan majoriti ahli Parlimen.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson, menghadap Agong semalam untuk memberikan nama wakil rakyat yang didakwa sudah tidak menyokong Muhyiddin, tetapi beliau bagaimanapun tidak menyerahkan senarai nama tersebut pada pertemuan itu.

Ashraf hari ini berkata Pemuda Bersatu seluruh negara juga akan membuat laporan polis berkaitan isu itu.

Semalam, Anwar memberitahu media yang beliau sudah menyerahkan dokumen mengandungi senarai ahli Parlimen yang menyokongnya, menambah yang lebih 120 ahli Parlimen menyokongnya sebagai perdana menteri.

Kenyataan Istana Negara dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin, bagaimanapun, berkata Anwar tidak mengemukakan senarai itu kepada Agong.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. 

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” katanya.

Ashraf hari ini berkata wujud pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin kerana perdana menteri tidak menyokong individu yang berdepan pertuduhan rasuah.

“Ada orang rasa tak selamat dengan integriti Muhyiddin untuk melawan rasuah dan membuat keputusan mengkhianati perjanjian dengan cuba membuat perjanjian dengan Anwar dengan harapan dia akan selamatkan mereka daripada pendakwaan,” katanya. – 14 Oktober, 2020

MAT PUTAR

MEMANG BIJAK

PUTAR ALAM

TAK ABIS ABIS

KAH KAH KAH

KALAU BETUL

MAT PUTAR

PEDAYA AGONG

INI KEJAYAAN

AKHIR MAT PUTAR

SEBELUM

DIREHATKAN

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: