Selasa, 10 November 2020

JANGAN SILAP BACA

 



 YB JAGAN SILAP

RAKYAT 

JANGAN SILAP 

AMIN

PENYAMUN PENCURI

ADALAH SOSOK 

TERBAIK 

UNTUK BINCANG

HAL  BUJET

KAH KAH KAH


Ahli Parlimen pembangkang kecam Najib bahas belanjawan

AHLI Parlimen pembangkang menggunakan media sosial untuk menyuarakan rasa kurang senang mengenai bekas perdana menteri Najib Razak membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, walaupun dihukum kerana kesalahanrasuah.

Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir menulis di Twitter mempersoalkan apakah ia norma baharu mengizinkan ahli Parlimen Pekan - yang disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah - untuk membahaskan pelan perbelanjaan negara di Dewan Rakyat.

“Seumur hidup, saya tidak faham bagaimana seorang bekas PM yang disabitkan atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pelanggaran CBT dan AMLA masih boleh bercakap mengenai belanjawan negara di Parlimen! Norma baru? ” kata bekas menteri besar Kedah itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata beliau keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes.

Dalam perbahasannya Najib mengumumkan Barisan Nasional (BN) hanya akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan membuat beberapa pindaan untuk memenuhi tuntutan rakyat yang disuarakan oleh parti itu.

Pada satu peringkat semasa perbahasan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menegur RSN Nayer (Jelutong-Pakatan Harapan) kerana cuba mengganggu ruang yang diperuntukkan kepada Najib.

Rayer beberapa kali bangun membantah dengan alasan Najib melanggar peraturan mesyuarat, termasuk mempersoalkan bagaimana seorang yang disabit jenayah boleh dibenarkan berbahas di Dewan Rakyat. Bantahan Rayer ditolak oleh speaker.

“Ini sebenarnya nak mengganggu perjalanan prosiding. Kita nak beri kepada YB Pekan sejam setengah. Jangan kita buang masa.

“Semalam YB Port Dickson (selaku) ketua pembangkang (dapat) sejam setengah.

“Kita beri peluang kepada YB Pekan untuk berucap bagi pihak backbenchers (penyokong kerajaan),” kata Azhar, yang turut memberi amaran kepada Rayer supaya tidak lagi mengganggu persidangan.

Beberapa ahli Parlimen BN juga bangun mencelah untuk mempertahankan Najib dan menyanggah Rayer, antaranya Abdul Azeez Rahim (Baling), Shahidan Kassim (Arau), Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai, selepas didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasanya dalam menerima dana RM42 juta daripada SRC International pada 2014 dan 2015.

Beliau disabitkan dengan tujuh tuduhan: tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Najib dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) sebelum sesi Parlimen.

The Malaysian Insight melaporkan pada 1 November yang pelantikan Najib akan memberikannya kedudukan dan peranan utama apabila Dewan Rakyat membahaskan Belanjawan 2021.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di Dewan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

BN mempunyai 43 ahli Parlimen tetapi 20 daripadanya memegang jawatan dalam kerajaan. Baki 23 wakil rakyat BN akan menentukan perbahasan Belanjawan 2021, yang akan mengangkat suara dan tuntutan Umno. – 10 November, 2020. 

 PENYAMUN PENCURI

YANG DAPAT

SOKONGAN DARI

BANDUAN LAGI

CUN UNTUK

 BINCANG BUJET

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Malaysia boleh.Penjenayah sondol belakang dan Penyamun Bos ku jadi kepala pembahas..

Haldeli berkata...

1. Janganlah salahkan DS Najib yang berucap dalam Parlimen. Salahkan diri kita sendiri.

2. Kita sendiri sebabagai rakyat salah. Kita yang lantik ahli politik dalam pilihanraya. Kalau mereka yang kita lantik orang yang jujur dan yang beriman bagi yang islam maka jujurlah kerajaan kita dilaksanakan. Sebaliknya kalau orang penipu, perompak, pembelot, tidsk berimsn maka kerajaan macam sekaranglah kita dapat.

3. Kita yang pilih mak terima sajalah.

4. Nak harapkan raja untuk membetulkan kerajaan nampaknya "jauh panggang dari api". Titah mereka tak diberi perhatian langsung oleh 0rang politik yang rakyat pilih.

5. Dalam bidang agama islam perlembagaan negara merakamkan bahawa raja-raja tiap negerilah yang jadi penguasa / ketua tertingginya. Sehingga kini tak dengar apapun titah yang dikeluarkan bagi mengatasi tuduhan-tuduhan kafir dari ahli politik parti islam ke atas ahli politik islam yamg lain.

6. Agaknya raja-raja takut pada orang politik yang di dalam negeri mereka sendiri?

7. Didoakan agar Allah memberi hidayah dan keberanian kepada raja-raja yang dalam pertabalan mereka bersumpah atas nama Allah akan melaksanakan peranan mereka masing-masing dengan penuh "lillahi ta'ala": kerana Allah Taala.

8. Semoga raja-raja pastikan hakim yang dilantik menjalankan tugas dengan amanah. Jangan biarkan hakim sewenangnya membenarkan telah yang sahih didapati bersalab atas belasan banyaknya kesalahan dijatuhkan hukuman tetapi dibenarkan bebas.

9.Kata ikut undang-undang. Bersalah dijatuhkan hukuman. Mengapa hukuman tidak dilaksanakan. Mengapa pula dibebaskan sementara tunggu keputusan mahkanah rayuan?

10. Kalau boleh bebas sementara tunggu rayuan bererti mahkamah yang jatuh hukuman iktiraf / akui bahawa pesalah yang dijatuhkan hukuman belum muktamad bersalah. Jika begitu mahhkamah sepatutnya sambung lagi perbicaran sehingga keputusan muktamad diperolehi dan hukuman muktamad pula dijatuhkan iaitu samada bersalah atau tidak. Andai bersalah maka jatuhkan hukuman bersalah dan laksanskan. Sebaliknya jika tidak bersalah istiharkan tidak bersalah.

11. Jadi pesalah jalan hukuman penjara dan atau denda wang dengan serta merta.

12. Kalau pesalah tak puas hati maka biarlah pesalah buat rayuan lagi (tetapi pesalah berada dalam penjara dan atau telah bayar denda).

13. Harap raja-raja dapat mempastikan perlaksanaab undang daoat dijalankan dengab betul.Maka tidak boleh lagi kata bahawa hukuman hanya untuk rakyat miskin saja.