Selasa, 10 November 2020

AL-FATIHAH

 




AL-FATIHAH

6 lagi maut, korban Covid-19 negara cecah 300 orang

JUMLAH korban wabak Covid-19 Malaysia kini mencecah 300 orang selepas enam lagi terbunuh hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata kesemua kematian hari ini dilaporkan berlaku di Sabah.

Malaysia juga merekodkan 869 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes negara mencecah 42,050 kes.

Sabah untuk hari ke-35 berturut-turut merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi dengan 397 kes atau 45.7% daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.

Negeri sekitar Lembah Klang pula melaporkan 258 kes atau 29.7% daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah sejak wabak mula meledak adalah 21,189.

Enam korban wabak hari ini, empat adalah lelaki dan dua wanita.

Empat daripada mereka mempunyai sejarah perubatan.

Korban tertua hari ini adalah lelaki berusia 84 tahun yang mempunyai sejarah penyakit Parkinson, bengkang kalenjar prostat dan Hepatitis B.

Mangsa termuda pula berusia 47 tahun yang tiada sejarah perubatan.

Malaysia juga melaporkan 725 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 30,304.

Sabah melaporkan 356 kes pulih, diikuti Selangor (160) dan Negeri Sembilan (46).

Sementara itu, jumlah kes aktif negara kini mencecah 11,446 dengan 82 orang sedang dirawat dalam ICU, 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 10 November, 2020.



AWAS

JAGA
JAGA


Tiada ulasan: