Ahad, 29 November 2020

INI BUKTI ANWAR AKAN LETAK JAWATAN



INI BUKTI

JANJI ANWAR 

AKAN

JATUHKAN 

MUHYIDDIN

DALAM 

MASA 7 HARI

AMIN

 

MP: Anwar letak jawatan

 ketua pembangkang

 jika terbukti tiada majoriti

Presiden PKR Anwar Ibrahim berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat kata empat ahli parlimen.

Bercakap kepada Malaysiakini, mereka yang enggan didedahkan identiti masing-masing terdiri daripada wakil PKR dan DAP.

"Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis," kata seorang ahli parlimen PKR.

Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.

Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.

Ia juga akan mendedahkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sama ada masih memiliki sokongan majoriti di parlimen atau sebaliknya.

Kebanyakan ahli parlimen pembangkang patuh kepada arahan Anwar namun mereka kemudian mempersoalkan pendirian tersebut dalam pertemuan yang diadakan selepas itu.

Diundi mengikut kementerian

Menurut wakil PKR itu, memang Anwar ada menyatakan rancangannya itu beberapa kali sebelum ini.

Tambahnya jika meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang Anwar mahu memberikan tumpuan kepada usaha memperkuat parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kali ni dia nak tumpu pada election (PRU). Tak kiralah (berapa lama lagi) setahun ke, dua tahun ke. Dia tumpulah, tumpu untuk kukuhkan parti.

"Memang dia dah cakap berkali kali dah, kalau tak dapat, dia akan tumpu election," katanya.

Untuk rekod semalam satu surat didakwa kononnya dikeluarkan pejabat Anwar menjadi tular. Ia berisi kenyataan didakwa janji pemimpin itu untuk meletak jawatan jika gagal membuktikan sokongan yang diterimanya.

Bagaimanapun surat itu kemudian disahkan palsu dan pejabat Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Buat masa ini selain mengetuai PKR, Anwar juga dipilih sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) - tempat yang ditinggalkan Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan yang mendapat mandat rakyat itu dijatuhkan akhir Feb lalu.

Di sebalik pengesahan itu beberapa ahli parlimen memberitahu Anwar memang ada berkata demikian.

Kata mereka, Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan yang ada padanya sekali gus memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan.

Jika gagal, mereka mendakwa, Anwar berjanji akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH.

Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketika minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian.

HEBAT

MEMANG HEBAT

DATUK SERI

ANWAR IBRAHIM

MEMANG HEBAT

AMIN



3 ulasan:

Awanama berkata...

Hurmnn..dengar boleh percaya jangan...sejarah tidak pernah membohongi tapi anuar membohongi sejarah

Awanama berkata...

sebelum bang non letak jawatan minggu hadapan akibat nombor tak naik lagi, bang non kata tahun hadapan akan ada nombor yang akan naik, kamu tak mau jadi pembesar seperti 22 bulan dulu. jadi pembesar, poket pun besar, perut pun jadi besar, duit pun cepat besar merupakan impian ahli politik. dengan ucapan itu sahaja, bang non akan disokong terus kerana ada nombor bikin ahli politik ph hilang akal untuk berfikir. ini merupakan tilikan air dalam mangkuk ayun oleh tok bomoh teropong buluh.

panglimo potaseh berkata...

Abam maknusia syumul dan alim ..baco kutba ..kuar machuk jil, bini totap tak lari ..tak ponah nipu ..den cayo Abam nak lotak jawatan ..tapi nanti budak2 dio yg ghoman Smeagol tu tak kasik ronti ..sobona eay PM pon Abam tak nak ..tak cayo lu tanyo Usin Ali.