Ahad, 29 November 2020

MASALAH BUKAN PAKATAN BUKAN PKR

 



MASALAH BUKAN

PAKATAN  RAKYAT

BUKAN PKR 

AMIN

PENIMBUL MASALAH

IALAH

ANWAR IBRAHIM

AMIN



Akar umbi Pemuda Amanah

 minta parti tentukan 

hala tuju politik

PEMIMPIN muda Amanah meminta parti itu menentukan hala tuju dan pendirian politiknya selepas Pakatan Harapan dilihat tidak sepakat dalam penentuan undi Belanjawan 2021 pada Khamis lepas.

Mereka menghantar mesej itu kepada pucuk pimpinan parti menjelang mesyuarat jawatankuasa pimpinan Amanah pada malam ini, dipercayai membincangkan insiden di Dewan Rakyat minggu lalu.

“Kami hendak pucuk pimpinan parti buat keputusan kerana sekarang ini Amanah nampaknya sokong dua-dua… Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim,” kata seorang pemimpin muda Amanah yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber merujuk pada tindakan ahli parlimen Amanah minggu lalu yang sebahagiannya membiarkan Belanjawan 2021 diluluskan secara undian suara sementara sebahagian yang lain mendesak untuk undian belah bahagi.

Sumber menjelaskan kepada The Malaysian Insight latar belakang dan maksud kenyataan 55 pemimpin akar umbi Pemuda Amanah hari ini yang  mempersoalkan keputusan saat akhir Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengarahkan ahli parlimen PH tidak menolak Belanjawan 2021.

Kumpulan 55 pemimpin muda Amanah itu menolak keputusan sepihak Anwar yang dibuat di luar mesyuarat serta bertentangan dengan keputusan mesyuarat PH sebelumnya.

“Tindakan ini telah mencalarkan reputasi Pakatan Harapan selaku kerajaan yang diundi oleh rakyat pada PRU14. 

“Kami juga ingin menegaskan pimpinan Amanah serta Pakatan Harapan wajib berpegang kepada prinsip serta disiplin berorganisasi dan keputusan mesyuarat,” kata 55 pemimpin akar umbi dari Pemuda Amanah.

Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada Selasa, dua hari sebelum pengundian Belanjawan 2021, dilapor sepakat memutuskan akan menolak cadangan kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu tulisan menganalisis keputusan pilihan raya umum lalu dan sejarah kerjasama politik parti pembangkang, dan bertanya, apakah wajar kerjasama sedia ada diperkukuh atau sebenarnya perlu sebuah gabungan politik baharu.

Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lepas secara undian suara selepas usul untuk undi belah bahagi yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dari Amanah ditolak kerana tidak cukup 15 sokongan.

Hanya 13 ahli parlimen yang berdiri menyokong usul itu, termasuk enam dari Amanah dan semua empat wakil rakyat bebas dari Parti Pejuang Tanah Air diketuai Dr Mahathir.

Selain Mahfuz, lima ahli parlimen Amanah yang berdiri ialah Khalid Samad (Shah Alam), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang), Mohd Hatta Ramli (Lumut), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), dan Hasanuddin Yunus (Hulu Langat). 

Mereka juga disertai masing-masing seorang ahli parlimen dari DAP, PKR dan Parti Sarawak Bersatu.

Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah kemudian meminta maaf kepada ahli parti kerana duduk semua setelah awalnya berdiri untuk menyokong usul undi belah bahagi. 

Katanya, beliau berbuat demikian kerana menghormati presiden parti Mohamad Sabu, yang menerima arahan membiarkan Belanjawan 2021 lulus daripada Anwar.

Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad pula menjelaskan semua 11 ahli parlimen Amanah sebenarnya menolak Belanjawan 2021 cuma cara mereka menunjukkan penolakan itu berbeza.

Dalam kenyataannya semalam, Mohamad berkata beliau mahu mengukuhkan kerjasama politik yang sudah terjalin, baik bersama Anwar mahupun Dr Mahathir.

“Yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan. Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan.

“Inilah sikap saya,” katanya.

Pemimpin muda serta akar umbi DAP sebelum ini turut mendesak parti mereka menimbang untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas insiden di Dewan Rakyat minggu lalu.

Pandangan itu bagaimanapun diselar oleh beberapa pemimpin PKR yang mempertahankan Anwar. – 29 November,2020.

ANWAR MERUNTUH

PAKATAN HARAPAN

DENGAN MENIPU

MAT SABU 

LIM GUAN ENG

AMIN

KEMUDIAN SEKALI

LAGI MENIPU

I GOT NUMBER

AMIN

KHAMIS LALU

TERBUKTIK SIAPA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

BUKAN SALAH PKR

BUKAN SALAH DAP

BUKAN SALAH AMANAH

AMIN

TOLAK ANWAR

ADA PELUANG

 MASALAH SELESAI

AMIN



1 ulasan:

Awanama berkata...

Atuk titanium balls.. berprinsip.. bkn mcm satu lagi.. suka bmuka2.. depan org konon tunjuk diplomatik full 'gentelmen'.. tp sebenarnya dia grumpy bastard.. punca sebenar kesusahan kita semua