Isnin, 30 November 2020

TERIMA KASEH BARISAN DEPAN

 




 TERIMA KASEH

BARISAN DEPAN

Jumlah pesakit pulih 

mengatasi kes 

baharu Covid-19

BILANGAN pesakit yang pulih akibat Covid-19 hari ini mengatasi kes baharu, dengan 2,112 didiscaj hospital.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada koronavirus kini berjumlah 54,759.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 1,212 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir dan sembilan di antaranya melibatkan kes import.

Kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 65,697.

Manakala, kes aktif berjumlah 10,578.

Selangor menyaksikan jumlah jangkitan paling banyak hari ini, dengan 402 kes, diikuti Sabah dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 326 dan 141 kes.

Kluster penjara dan tahanan pula menyumbang sebanyak 101 kes.

Sementara itu tiga kematian dilaporkan, dua di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah kematian kepada 360 orang.

Pihak berkuasa kesihatan juga menemui tiga kluster jangkitan baharu.

Sementara itu, 113 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, dengan 42 daripadanya memerlukan sokongan pernafasan. – 30 November, 2020.

 TERUS  

BERHATI HATI

AMIN



Tiada ulasan: