Ahad, 31 Januari 2021

EMPAT KUMPULAN SAMSENG

 



JENG JENG JENG

GEROMBOLAN

PECAH EMPAT

KAH KAH KAH

LAGI BAHAYA ATAU

KURANG BAHAYA

 UNTUK MALAYSIA

AMIN



Gelora, pepecahan dalam Umno, apa seterusnya?

Sepertimana diakui oleh bekas Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN),  Annuar Musa sebelum ini — Umno kini sudah berpecah kepada tiga kumpulan.

Ahli Parlimen Ketereh itu mengakui, kelompok berkenaan terdiri daripada kumpulan yang menolak kerjasama dengan Bersatu dan kumpulan yang berada di tengah-tengah.

Tidak ketinggalan, kata beliau, wujud juga kumpulan dalam Umno yang menerima kerjasama dengan parti pimpinan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin itu, lapor Astro Awani baru-baru ini.

Berdasarkan kenyataan Annuar itu, siapakah kelompok yang menolak kerjasama dengan Bersatu? Siapa kumpulan di tengah-tengah? Siapa yang menerima kerjasama dengan Bersatu?

Jika kita mengimbas kembali, seawal 2018 juga ada dakwaan mengatakan parti itu berpecah kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pertama, yang dikatakan mahu parti bangkit dengan semangat perjuangan memelihara Islam, Melayu dan tanah air, selain menjadi pembangkang berwibawa.

Kumpulan kedua ialah mereka yang mahu Umno bekerjasama dengan Pas dan seterusnya mewujudkan satu gerakan kesedaran orang Melayu dan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

Kumpulan ketiga pula, menurut beliau, kumpulan yang mahu menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia mungkin kerana ada janji tertentu, di samping berpendapat Anwar tidak akan mendapat laluan mudah sepertimana dalam perjanjian Pakatan Harapan.

Manakala, kumpulan keempat pula didakwa, ialah mereka yang mahu memperkukuhkan suara Melayu dalam kerajaan. Sebab itu ramai keluar parti dan kebanyakannya lebih ke arah menyertai Bersatu, katanya.


 

PERANG DALAMAN

BERTERUSAN

KAH KAH KAH

ADA BAIKNYA

BILA MUSUH

GADUH SAMA 

SENDIRI RAKYAT

BOLEH REHAT

KAH  KAH KAH



Tiada ulasan: