Khamis, 11 Februari 2021

ABAH KAU MAKIN TEROK

 


 ABAH KAU 

MAKIN TERUK

KAH KAH KAH

NASIB BAIK ADA

KOBID DATANG

BANTU

KAH KAH KAH 


PN kerajaan ‘atrox imperium’

Tokoh wartawan,  A Kadir Jasin menyifatkan kerajaan PN sekarang ini sebagai “atrox imperium” atau kerajaan yang teruk.

“Atrox imperium. Itulah kerajaan Perikatan Nasional,” tulis bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri itu.

Menurut Kadir, “atrox imperium” adalah dalam bahasa Latin yang ertinya kerajaan yang teruk/horrible government.

Kadir menulis perkara ini ketika Kementerian Kesihatan diserang teruk akibat dari peraturan kuarantin yang berbeza antara rakyat negara ini.

Menteri hanya perlu tiga hari kuarantin sahaja apabila balik dari luar negara tetapi rakyat biasa perlu kuarantin 10 hari dengan perbelanjaan hotel dan sebagainya terpaksa ditanggung sendiri.

“SOP Covid-19. Menteri lagi didewakan. Balik dari luar negara hanya tiga hari dalam pemerhatian,” tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, kumpulan media terbesar negara itu.

Sebelum ini, pemimpin kumpulan media Karang Kraf yang menerbitkan akhbar Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar) berkata, pegawai sebuah kementerian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengugut kumpulan media itu agar jangan menyiarkan iklan sesetengah pihak.

“Rupanya Di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas, jika media beri ruangan kepada sipolan& sipolan. Siap ugut nak boikot lagi.
 
“Ingat boleh tongkat langit ke?” tulis Hussamuddin menerusi facebook beliau.

Menurut beliau, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengugut mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pegawai kerajaan PN itu.

“Kami buat akhbar bebas (watan/eksklusif/sinarHarian) sejak tahun 80’an lagi.

“BN/PH pun tak berapa suka dgn pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami. Hubungan kekal mesra, walaupun “benci tapi rindu”.

“Geng baru ni lain macam pula. PM TSMY kena tengok-tengok juga, jangan biarkan perangai overzealous ini. Nanti sokong membawa rebah,” kata beliau lagi.
 
Pada 28 Januari lepas, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International Malaysia jatuh ke tangga ke-57 di seluruh dunia, daripada tangga ke-51 sebelum ini, ketinggalan di belakang Arab Saudi, Mauritius dan Itali.

KOBID BANTU

ABAH 

KAH KAH KAH

TAPI KOBID JUGA

BIKIN HURU HARA

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: