Khamis, 11 Februari 2021

LANGKAH BIJAK

 



 LANGKAH BIJAK

LANGKAH TEPAT

KERAJAAN 

AMIN

RAKYAT WAJIB

SOKONG

AMIN 

Vaksin Covid-19 percuma untuk warganegara asing di Malaysia

KERAJAAN setuju Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, perkara berkenaan diputuskan mesyuarat jemaah menteri semalam.

“Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin Covid-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak.

“Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas Covid-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.

“Ini selari tema program berkenaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan “tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat”,” menurut Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hari ini.

Menurut kedua-duanya, keputusan itu juga diambil melihat kepada rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dan kos rawatan dan kuarantin pesakit Covid-19 yang tinggi akibat jangkitan kepada kluster berkenaan.

“Pekerja asing juga telah menjadi sebahagian komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara,” menurut kedua-duanya dalam kenyataan itu.

Mereka berkata keputusan juga dibuat selepas mengambil kira layanan sama turut diberi sebahagian negara luar kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.

“Keputusan ini akan memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Keputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin Covid-19 yang diperoleh Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya,” kata kenyataan itu.

Keputusan berkenaan selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik Covid-19, jelasnya. – Bernama, 11 Februari, 2021.

 MEREKA DAN KITA

ADALAH SAMA

AMIN

KOBID TAK 

KENAL BANGSA

AMIN

PEDATANG JUGA

MEMBINA NEGARA

AMIN

PENDATANG JUGA

BERI KITA HIDUP

SELESA

AMIN

JANGAN KITA

DISKRIMINASI 

MEREKA

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT langkah bijak, betul, tak membantah kebijaksanaan mereka, namun bilakah vaksin akan mula disuntik dan pengendalian logistiknya menjadi tanda tanya ? shj ingin tahu, TT tolong tanya mereka :

1) sekarang ni, di eropah tengah berlaku perebutan vaksin di antara negara2 eropah sendiri, di AS juga sedang rancak menvaksinkan rakyat mereka, dan bekalan vaksin kita pula kebanyakannya dibeli dari mereka, jadi mampukah pembekal vaksin di eropah dan AS menepati janji pembekalan mengikut jadual ? ( kerajaan PN dan pihak Mr I have the number, setakat ini langsung tidak membangkitkan isu ini dikalayaj ramai )

2) beberapa minggu yg lalu, bila ditanya, megapa negara singapura telah memulakan vaksinasi sedangkan kita masih ternanti-nanti ? maka Si Khairy pun menjawab bahawa singapura lebih "deep pocketed" berbanding kita, baiklah, kita terima hakikat itu, namun, kini Bangladesh juga telah memulakan program vaksinasi mereka, medahului kita pula, jadi, apakah ini bererti Bangladseh juga lebih "deep pocketed" berbanding kita ? hairan betul, shj ingin tahu, TT tolong tanya lah.

3) mengapa pasal vaksin ini, Si Khairy yg selalu bersuara sementara jarang melihat menteri kesihatan memberi pandangan ? bukankah soal vaksin ni, kementerian kesihatan yg seharusnya lebih arif ?