Ahad, 7 Februari 2021

ADA BANYAK JALAN KE SOHO

 


ADA BANYAK

JALAN KE SOHO

AMIN



Mahkamah Persekutuan benar permohonan wanita diisytihar bukan Islam

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan Rosliza Ibrahim, yang berbapakan Muslim dan beribukan wanita Buddha diisytiharkan sebagai bukan Islam.

Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan tiada bukti bahawa Rosliza menganut Islam sejak lahir.

Rosliza dilahirkan sebagai anak luar nikah bapanya yang beragama Islam dan ibunya yang beragama Buddha. Beliau dilahirkan di Selangor dan tidak pernah dibesarkan sebagai seorang Muslim.

Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada bukti kukuh menunjukkan wanita berusia 39 tahun yang dibesarkan sejak lahir oleh oleh ibunya Yap Ah Mooi yang beragama Buddah pernah menganut Islam.

Rosliza memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk diisytiharkan sebagai penganut Buddha.

Panel hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim, P. Nallini, Abdul Rahman Sebli, Zabariah Mohd Yusof, Hasnah Mohamad Hashim dan Rhodzariah Bujang.

Keputusan majoriti 7-2 oleh panel hakim mendapati Rosliza bukan penganut Islam, maka Undang-undang Syariah tidak terpakai keatasnya.

Rosliza mula menghadapi kesulitan apabila permohonannya untuk menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara ditolak kerana tidak mempunyai surat kebenaran dari Mahkamah Syariah.

Beliau memfailkan saman pemula pada 2015 di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk untuk mendapatkan pengisytiharan bukan Islam dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya. 

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonannya pada 2017, dan rayuannya juga ditolak pada 2018. – 5 Februari, 2021. 

ANAK SEMUA

BANGSA

BANGSA SEMUA

AGAMA 

AMIN

HIDUP HANYA

SEKALI

AMIN

JADILAH

JADI DIRI KITA

SENDIRI

AMIN

CARILAH CARI

JALAN 

YANG DIMINATI

AMIN

ADA BANYAK

JALAN KE SOHO

AMIN



3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Maka Syurga untuk Cik Rosliza tidak lagi terletak dibawah telapak kaki berchagu suaminye ..dan3X ..tak berpeluang dapat payong emas ..

Tanpa Nama berkata...

pakai kondom buatan malaysia.. kompom selamat

Tanpa Nama berkata...

bukan salah ibu mengandung.. salah bapak tak pakai kondom.