Ahad, 7 Mac 2021

MUHYIDIN TERBARI TANPA UMNO ?

 

KAJIAN INI

MENUNJUKKAN

MUHYIDIN

AKAN TERBARAI

DALAM PRU15

 KHALAS

BETUL KE 

KAJIAN INI?

KAH KAH KAH


PAS, Umno bercanggah sokongan terhadap PM, Perikatan, lapor tinjauan

PENYOKONG Umno dan PAS jelas menunjukkan sokongan berbeza terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional, lapor satu tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).

Sebanyak 72% penyokong Umno mahu Parlimen dibubarkan segera dan mengadakan pilihan raya umum manakala 74% penyokong PAS mahu Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal ini berakhir pada 2023.

Penyokong PAS juga lebih positif terhadap cara kerajaan Perikatan mengendalikan pandemik Covid-19 dengan 86% undian mengatakan Muhyiddin menangani wabak itu dengan berkesan.

Bagaimanapun 69% penyokong Umno berkata Muhyiddin gagal mengawal wabak itu daripada merebak.

Berdasarkan skala satu (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi), penyokong PAS memberikan markah 8/10 untuk Muhyiddin dan barisan Kabinetnya manakala penyokong Umno hanya memberikan mata 3/10.

“Sikap penyokong PAS dilihat berbeza. Lebih bersikap positif dan pragmatik terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional,” kata IDE dalam satu kenyataan berhubung kajian itu.

“Berdasarkan data responden penyokong Umno, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi. 

“Justeru senario ini mengesahkan penolakan Umno terhadap Perikatan Nasional dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya.

Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh IDE secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

IDE berkata tinjauan ini menunjukkan sikap penyokong Umno dan PAS adalah berbeza antara satu sama lain. 

“Senario ini membangkitkan persoalan tentang kedudukan PAS pada pilihan raya umum ke-15, sama ada bersama Bersatu (Perikatan) atau Umno di bawah Muafakat Nasional.”

IDE mengeluarkan keputusan tinjauan itu selepas Umno mengesahkan keputusan untuk tidak bersama Bersatu pada PRU15.

Bagaimanapun parti itu akan kekal bersama kerajaan Perikatan sehingga Parlimen dibubarkan. – 5 Mac, 2021


SAPE BAYAR

IDE INI?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

MANA TAHU

KAH KAH KAH

KALAU KALAU

KAKI PUTAR

YANG DIUPAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: