Sabtu, 20 Mac 2021

SIASAT SIASAT SIASAT

 


UNTUK PERTAMA

KALI KITA ADA

KETUA POLIS JUJUR

AMIN

 APA JADI ???

AMIN

KARTEL DADAH

KARTEL LENDIR

KARTEL RASUAH

SEMUA MENYERANG

HAMID BADOR

AMIN

PERLU ADA 

SURUHANJAYA

DIRAJA UNTUK

SIASAT PEKARA

INI

AMIN



Gerakan jatuhkan KPN didalangi pegawai korup, kata sumber

GERAKAN dalaman untuk menjatuhkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador wujud kerana pendirian tegasnya untuk membanteras rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata sumber.

Sumber di Bukit Aman memberitahu The Malaysian Insight, sikap Hamid yang secara terbuka untuk memerangi gejala rasuah dalam PDRM menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pegawai-pegawai muda yang terbabit dalam ‘kerja-kerja kotor’.

“Hamid sangat tegas. Malah beliau secara terbuka  mengkritik pegawai-pegawainya apabila timbul dakwaan rasuah.

“Pegawai-pegawai yang korup ini sekarang tidak senang duduk dan satu-satunya cara yang ada ialah dengan menyingkirkan Hamid.

“Beliau sangat terbuka kepada media dan mengambil tindakan apabila ada dakwaan membabitkan pegawai bawahannya,” kata sumber yang merupakan pegawai kanan di Bukit Aman itu.

Dalam satu wawancara ekslusif bersama Sinar Harian pada Rabu lalu, Hamid mendedahkan wujud gerakan dari kalangan pegawai muda PDRM untuk mengaib dan menjatuhkan beliau.

Hamid berkata gerakan itu juga kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

“Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel).

“Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamid, yang dilantik sebagai KPN pada Mei 2019 semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, sering mengingatkan dan memberi amaran kepada anggota PDRM supaya menjauhi rasuah.

Semasa merasmikan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Kelantan pada Mac tahun lalu, Hamid meluahkan rasa kecewa terhadap pegawai-pegawai polis yang disyaki menerima rasuah.

Pada September lalu juga beliau mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kegiatan pengubahan wang haram yang dilindungi pegawainya.

Manakala pada Januari tahun ini, Hamid memberi amaran mana-mana pegawai dan anggota polis yang dikesan melindungi penjenayah atau menerima rasuah tidak lagi dikenakan tindakan tatatertib tetapi sebaliknya akan dibuang kerja.

Terbaharu, KPN itu berang selepas seorang pegawai JSJK Pulau Pinang melepaskan suspek sindiket Macau Scam.

“Kita sedang ambil tindakan drastik kerana ini terang-terangan satu pengkhianatan kepada amanat yang telah saya berikan,” katanya dipetik Bernama.

Isu rasuah dalam kalangan anggota PDRM sentiasa disentuh dalam setiap sidang media Hamid, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Kalau saya ini polis jahat, saya mahu dia disingkirkan cepat kerana dia mengacau,” katanya.

Walaupun mendedahkan wujud gerakan dalaman untuk menjatuhkannya, Hamid belum membuat laporan polis.

Bekas ketua polis negara Musa Hassan mengulas perkara itu berkata Hamid perlu mendedahkan siapakah dalang ‘kartel’ yang dikatakan mahu menjatuhkannya supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Ia perlu dilaporkan untuk disiasat,” katanya, sambil mengakui gerakan seperti itu telah wujud ketika beliau masih berkhidmat sebagai KPN.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohamed Zaman Khan mengaitkan gerakan dalaman ini dengan perebutan kuasa di Bukit Aman kerana jumlah pegawai kanan yang terlalu ramai.

“Terlalu ramai pegawai kanan, ini menyebabkan wujudnya puak-puak dan berebut kuasa.

“Semasa saya masih bertugas dulu, keadaan ini tak berlaku kerana pada masa itu kami ada empat atau lima orang saja (pegawai kanan).

“Saya ada mencalonkan beberapa pegawai muda tetapi mesti melalui saringan. Ketika itu kita sangat tegas. Sekarang, saya tak tahulah bagaimana caranya (kenaikan pangkat),” katanya, yang menjadi pengarah JSJ dari 9189 hingga 1994.

Sementara itu, badan NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) berkata kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat serta mengenal pasti kumpulan kartel jenayah dalam PDRM yang mahu menjatuhkan Hamid.

“Kenyataan terbaru Tan Sri Abdul Hamid Bador seolah-olah berbentuk satu rayuan kepada kerajaan agar segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.  

“Edict percaya bahawa kartel polis ini telah menyelinap dalam setiap jabatan di PDRM, justeru adalah sangat wajar perkara ini disiasat oleh sebuah badan bebas seperti RCI untuk mengenalpasti anggota-anggota yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – 20 Mac, 2021.  



KENYATAAN

HAMID BADOR 

AMAT BAHAYA

AMIN

JIKA TAK BENAR

HAMID BADOR

BUAT FITNAH

AMIN

JIKA BENAR

NEGARA HANCUR

AMIN

MUHYIDIN

WAJIB BERTINDAK

SAPA BENAR

SAPA SALAH

KHALAS



Tiada ulasan: