Sabtu, 20 Mac 2021

SOKONG KITA SOKONG

 


KITA WAJIB

SOKONG SHAHIDAN 

DAN GENG

UMNO PERLIS

AMIN


Calon Umno akan lawan sesama sendiri di Perlis, kata Shahrir Samad

PENDIRIAN Umno Perlis untuk terus menyokong Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan calonnya berlawan sesama sendiri dalam pilihan raya umum akan datang, kata pemimpin parti.

Ketua Umno Johor Shahrir Samad membangkitkan senario tersebut ketika mengulas pendirian Umno Perlis untuk terus bersama PN dalam PRU15 walau Umno pusat memutuskan sebaliknya.

Jelasnya, calon Umno akan berlawan sesama sendiri apabila timbul penentangan ke atas keputusan untuk bertanding atas tiket PN.

“Pendirian Shahidan (Kassim, ketua Umno Perlis) untuk Umno Perlis akan bersama PN dan tidak dengan BN dalam PRU15 akan membuka satu senario baru.

“Maknanya, Shahidan dan gengnya dari Umno Perlis akan bertanding sebagai calon PN dan guna lambang PN.

“Sebaliknya, calon Umno yang tidak ikut Shahidan akan pula bertanding sebagai calon BN dan guna lambang BN. Ia akan jadi tiga penjuru. Menarik, kalau ikut kehendak nafsu Shahidan.”

Pada masa sama, beliau menjangka PAS Perlis juga akan mengikut langkah Umno Perlis dan tidak bertanding atas dengan lambang parti sendiri.

Umno sudah memutuskan akan guna lambang BN dalam PRU15 dan menetapkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Majlis Tertinggi parti itu juga memutuskan perkara sama bulan lalu, dan mengemukakan keputusan tersebut secara rasmi kepada Bersatu.

Usaha memutuskan hubungan dengan Bersatu itu ditolak pemimpin Umno lain yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan PN waktu ini.

Krisis sokongan itu merupakan antara sebab Muhyiddin memohon beberapa kali agar darurat diisytiharkan, yang antara lain membolehkan persidangan Parlimen digantung.

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya memperkenan darurat berkuatkuasa bermula 11 Januari hingga 1 Ogos diisytiharkan pada Disember.

Muhyiddin memberi jaminan akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja pandemik Covid-19 terkawal dalam negara, bagi membolehkan PRU15 diadakan. – 20 Mac, 2021.

KITA WAJIB

JUGA SOKONG

GENG UMNO JOHOR

 DAN

SHAHRIR SAMAD

AMIN



Tiada ulasan: