Selasa, 6 April 2021

BANGSA APA ? AGAMA APA?

 


APA BANGSA

PEGAWAI INI?

AMIN

PASTI BUKAN

MELAYU

AMIN

ORANG MELAYU

AGAMA ISLAM

AMIN

TAK BUAT KERJA

JAHAT

AMIN

NANTI TAK DAPAT

ENTOT BIDADARI

KAH KAH KAH



Seorang lagi pegawai dicekup kes monopoli projek RM3.8 bilion

SEORANG lagi pegawai kanan kerajaan disyaki anggota kartel yang memonopoli 345 projek bernilai RM3.8 bilion berjaya ditahan semalam, menurut agensi antirasuah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu The Malaysian Insight, lelaki 38 tahun itu seorang juruukur bahan Gred 48 yang terlibat dengan projek berkenaan.

Beliau disyaki terlibat dengan rasuah dalam penyediaan bil kuantiti (BQ) bagi projek yang ditawarkan agensi terbabit, kata sumber.

“Suspek dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Penahanan ke atas pegawai terbabit dibuat lewat malam semalam di rumahnya di Ampang,” katanya.

Menurut sumber, risikan mendapati suspek menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

Sehingga semalam, pembayaran sebanyak empat kali melibatkan jumlah dianggarkan RM1.2 juta dibayar kepada suspek, katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan enggan mengulas lanjut.

Semalam, tujuh individu direman enam hari sehingga 10 April bagi membantu siasatan berhubung sindiket projek terbabit.

Suspek berusia antara 33 hingga 47 tahun itu ditahan kerana disyaki memonopoli tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara sejak tujuh tahun lalu.

Mereka ditahan selepas SPRM melakukan intipan dan pemantauan di pusat operasi sindiket yang menjadi lokasi ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang tender.

Kegiatan tersebut disyaki melibatkan 150 syarikat dikawal sindiket yang menyertai tender pelbagai kementerian dan agensi.

Syarikat tersebut didakwa diwujudkan dengan menggajikan individu tertentu sebagai pengarah.

Sindiket itu didapati “mengepung harga” dan mensasarkan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan yang mendapat kerjasama individu dalam kementerian dan agensi.

Ia bagi memastikan syarikat di bawah kawalan individu terbabit dibenarkan mengemuka sebut harga bagi menyertai tender dan memastikan salah satu daripada syarikat tersebut berjaya,

Sindiket tersebut didapati membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan dan jumlah penyertaan syarikat.

Dengan itu juga, sindiket terbabit juga mendapat maklumat kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga, kata sumber. – 6 April, 2021.



ATAU INI

KERJA KAUM ATEIS

TAK PERCAYA

 TUHAN

 AMIN

TAK  ADA AGAMA

TAK TAKUT 

API NERAKA

AMIN

ATAU INI KERJA

KAUM SAJAT

AMIN

MUSTAHIL 

KERJA JAHAT INI

DILAKUKAN OLEH

ORANG ISLAM

YANG HANTUK

KEPALA PADA

BATU ITAM

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: