Selasa, 6 April 2021

SOALAN NYA ?

 

SOALAN

RAKYAT NAK TAHU

AMIN

DATUK KEPALA

SINDIKIT INI

MELAYU 

ATAU 

GERMAN?

KHALAS



Ketua sindiket monopoli projek simpan tunai RM3.5 juta di rumah

RATUSAN akaun bank dan harta bernilai hampir RM150 juta disita dalam siasatan setakat ini ke atas kegiatan sindiket yang memonopoli projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion, kata agensi antirasuah.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, mereka menemui wang tunai berjumlah RM3.5 juta dalam simpanan seorang individu bergelar Datuk yang disyaki ketua sindiket itu.

Turut disita kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta dan hartanah termasuk banglo, rumah kedai serta pejabat bernilai RM29 juta.

Selain pemilikan hartanah dan wang tunai luar biasa, serbuan sejak semalam di rumah individu berusia 47 tahun itu juga menemukan kereta dan kapal mewah, selain dua helikopter, katanya.

“Sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber juga menjelaskan, kegiatan tersebut disyaki melibatkan 150 buah syarikat dikawal sindiket yang menyertai tender pelbagai kementerian dan agensi.

“Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000.

“Syarikat ini adalah milik beliau. Dipercayai 114 orang digunakan nama untuk membuka lebih 150 syarikat,” katanya.

Semuanya akan digunakan secara bergilir-gilir untuk menyertai tender yang membolehkan syarikat ini dianugerahkan 345 projek sejak 2014, kata sumber.

Sindiket itu didapati “mengepung harga” dan mensasarkan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan yang mendapat kerjasama individu dalam kementerian dan agensi.

Jelasnya, individu dalam kementerian agensi terbabit didapati menyalurkan maklumat tender termasuk spesifikasi, harga siling projek dan jumlah penyertaan syarikat.

Ia diperolehi apabila sindiket tersebut membayar rasuah kepada orang dalam terbabit untuk mendapat maklumat tersebut, katanya.

Dengan itu juga, sindiket terbabit juga mendapat maklumat kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga, kata sumber.

Ia bagi memastikan syarikat di bawah kawalan individu terbabit dibenarkan mengemuka sebut harga bagi menyertai tender dan memastikan salah satu daripada syarikat tersebut berjaya,

Seorang lagi ditahan hari ini, menjadikan jumlah lapan individu ditahan dengan tujuh daripadanya direman enam hari sehingga 10 April.

Penahanan terbaru itu melibatkan seorang juruukur bahan sebuah agensi kerajaan yang disyaki menerima suapan RM1.2 juta setakat ini hasil kegiatan haram. – 6 April, 2021.

PEGAWAI 

KERAJAAN YANG

TERIMA RASUAH

PASTI MELAYU

AMIN

BIASANYA KAKI

RUSUAH MACAM

INI ORANG GERMAN

OPPS... TOWKAY

CHINA

AMIN



Tiada ulasan: