Jumaat, 16 April 2021

AL-FATIHAH

 


AL-FATIHAH

ANAK MUDA

KAU PERGI

KETIKA KAU

MASIH MUDA

AMIN

Penghantar barang meninggal dunia dihempap dahan pokok

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang meninggal dunia dihempap dahan pokok yang tumbang semasa hujan lebat di Jalan Damai Jasa berhampiran Stesen Minyak Petronas Alam Damai hari ini.

Mangsa, Syed Izzat Izzudin, 20, mati di tempat kejadian selepas dahan pokok jatuh menimpanya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Dahan tersebut jatuh di atas badan mangsa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bomba yang hadir ke lokasi memotong dahan tersebut untuk mengeluarkan mangsa. Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian tengah,” kata polis dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette


AL-FATIHAH


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh sue DBKL kerana lalai dalam memastikan keselamatan awam. Sama cam motosikal langgar lobang ditengah jalan raya.