Rabu, 21 April 2021

SESAMA KITA BERJAGA JAGA - KOBID MENGGANAS

 


AWAS


Masjid mukim, surau dan musolla di seluruh Kelantan diarah tutup

SELURUH masjid mukim, surau dan musolla di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain bermula esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan adalah dibenarkan.

1 lagi maahad tahfiz di Kelantan dikenakan PKPD, kata Ismail

MAAHAD Tahfiz AlQuran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 4 Mei berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di kawasan itu dibuat setelah penilaian risiko dijalankan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) apabila 97 kes positif direkodkan menerusi 243 ujian saringan. 



KITA

JAGA

KITA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku hanya kasihankan orang orang buruh. Mek mek yang menoreh, abe we abe we yang bertani. Apa makannya? Susu lampin anak ada?