Rabu, 26 Mei 2021

TERKINI TER NOWW TER HOTT

 

 ZALIM ZALIM

DI ZALIMI

AMIN



Tajuddin dilucut jawatan pengerusi Prasarana

KEMENTERIAN Kewangan melucut jawatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu dibuat sewaktu beliau menerima kritikan meluas atas sikapnya yang tidak menunjukkan budi pekerti baik sewaktu mengadakan sidang media berhubung kemalangan tren LRT semalam.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan penamatan perkhidmatan itu kepada Tajuddin dalam satu surat bertarikh hari ini.

Jurucakap media kementerian mengesahkan kandungan surat tersebut yang memaklumkan khidmat Tajuddin sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana ditamatkan serta-merta.

Tengku Zafrul turut mengucapkan penghargaan atas khidmatnya.

Tajuddin yang merupakan pengarah pilihan raya Umno dilantik ke jawatan itu genap setahun lalu selepas Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara.

Beliau dipecat walaupun bekas perdana menteri Najib Razak mengumumkan Tajuddin sudahpun menyesali perbuatannya dan akan meletak jawatan kelak, apabila Umno mengarahkan demikian.

Katanya, Tajuddin dalam satu perbualan telefon dengannya berjanji akan meminta maaf atas pengendalian sidang media tersebut.

Tajuddin pada sidang media semalam antara lain menyebut dua tren yang terlibat dalam kemalangan berkenaan hanya “bercium” sewaktu kejadian tersebut.

Walhal, kemalangan serius tersebut menyebabkan lebih 200 penumpang cedera dan 47 parah – tiga di antaranya mengalami pendarahan otak.

Tajuddin juga pada sidang media sama mengherdik wartawan yang bertanya mengenai tuntutan agar beliau meletak jawatan.

Tajuddin seterusnya kini disiasat polis kerana hanya memakai perisai muka tanpa pelitup hidung dan mulut semasa bercakap kepada pemberita dalam sidang media itu.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu menegaskan, semua individu perlu memakai pelitup muka walaupun memakai perisai muka ataupun niqab. – 26 Mei, 2021.

 SEORANG LAGI

PEMIMPIN ISLAM

DI ZALIMI REBUS

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terlambat daa...dah lama tau...

panglimo potaseh berkata...

Dulu bila UMNO merintah ..pirnah dalang setahung 3 jet penumpang gergasi supersonic ilang, meletop kena tembak roket, rosak dan menjunam kelaut, kesemuanye hampir 1000 ekor kiok. Tapi ..takde sekor pong di lucutkan apa2 jawatang ..sepender pon tak di lucotkang ..baek betul kerajaang UMNO. Tapi la ni bawah PN ..treng bercium tanpa korbang pong Ketua Pengerusi nye di lucutkang jawatang nye dengan ZOLIM sekali ..Gwa rasa nak nanggis bila Pendikar Todi ni di zalimi sebegitu ..kita ta kan jumpa lagi Pengerusi yang sekelakar Badoot.