Jumaat, 16 Julai 2021

BERAPA RINGGIT RASUAH TENGKU FRAUD ?

 


 KITA  ADA

BACA BERITA

POLIS AMBIL

RASUAH 1000 RINGGIT

KENA BUANG KERJA

DAN MASUK

8 TAHUN PENJARA 

AMIN


Keputusan rayuan Ku Nan berkait kes rasuah RM2 juta hari ini

MAHKAMAH Rayuan hari ini akan membuat keputusan mengenai rayuan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, terhadap sabitan kesnya dan penjara 12 bulan dan denda RM2 juta kerana menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, lima tahun lepas.

Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang iaitu Hakim Suraya Othman, Abu Bakar Jais dan Ahmad Nasfy Yasin, yang telah mendengar rayuan itu pada 22 April tahun lepas.

Pada 21 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman terhadap Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan, penjara 12 bulan dan mengenakan denda RM2 juta, selepas beliau didapati bersalah. 

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan ahli Parlimen Putrajaya itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu, sementara menunggu rayuan.

Tengku Adnan, 70, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda.

Sejumlah 15 wartawan daripada media tempatan telah diberikan pas, bagi mengikuti perbicaraan menerusi sidang video di sebuah bilik. – Bernama, 16 Julai, 2021. 


RAKYAT

NAK LIHAT

APAKAH ADA

KEADILAN

AMIN



2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Sedara gwa, polis ..satu balai kena cekop ..hookomannye cannntik ..tukar balai je ..ingkremen setahun tak de. Kata dia takde hal ..balai baru rupanye lagi melempah riziki. Tu yg TaT royak riziki tak akan salah alamat ..kihkihkih ..TuckbEEr ..

Tanpa Nama berkata...

So kesimpulannya zaman Abah PN ni pun x boleh harap

Macamana penerima rasuah boleh dilepas bebas

Adakah Abah sayang sangat kerusi PM dia tu

Sampai takut nak hantar Ku Nan ke Sg Buloh

Apa lagi kita nak harapkan Abah Cow ni

kah kah kah