Khamis, 15 Julai 2021

KERAJAAN TAK TAHU BUAT KERJA

 


 KERAJAAN

TAK TAHU BUAT

KERJA

AMIN

ITU PASAL 

KOBID MEREBAK

AMIN




Saya keluar Pejuang jika diberi peranan jawatankuasa pemulihan, kata Dr Mahathir

PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan keluar daripada parti yang baharu didaftarkan itu sekiranya Perikatan Nasional berikan peranan kepadanya dalam pelan pemulihan negara untuk mengatasi krisis Covid-19. 

“Jika saya terlibat (dalam jawatankuasa) saya akan keluar dari Pejuang untuk berikan komitmen penuh saya untuk menyelesaikan masalah Covid-19,” kata pemimpin berusia 96 tahun itu pada satu rancangan bual bicara bersama pelawak Harith Iskandar malam ini. 

“Pejuang boleh teruskan kerana ia ada matlamatnya sendiri dan ini boleh diteruskan oleh ahli lain,” kata bekas perdana menteri itu. 

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung bagaimana Pejuang berbeza daripada parti Melayu lain. 

Sebaliknya, bekas pemimpin Umno dan Bersatu itu mengatakan Pejuang telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menghidupkan semula jawatankuasa 1969 - Majlis Gerakan Negara atau Mageran - untuk mengatasi masalah Covid-19.

“Hanya dengan itu, kita dapat menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tanpa politik.”

Terdahulu, beliau menolak cadangan bahawa Pejuang didaftarkan menerusi beberapa perjanjian dengan Perikatan Nasional.  

Katanya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mahu bertemu dengannya kerana beliau mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan.

“Saya telah cadangkan jawatankuasa khas untuk pemulihan dan pada masa yang sama kerajaan juga mempunyai Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara, yang diterajui oleh Tengku Zafrul. 

“Selepas itu, beliau hubungi saya untuk bertanya idea saya dan apa rancangan saya untuk mengekang peningkatan jangkitan baharu Covid-19. 

“Saya ada nyatakan sesuatu mengenai bagaimana untuk kendalikan SOP (prosedur operasi standard) dan program vaksinasi yang saya harap beliau akan jalankan,” kata Dr Mahathir. 

Ditanya sama ada terdapat tawaran daripada Perikatan, Dr Mahathir menjawab, “Tiada, beliau hanya berikan saya al-Quran yang cantik.

“Tiada tawaran untuk saya sertai jawatankuasanya. Beliau hanya tanya saya apa yang boleh dilakukan. Saya rasa beliau mahu lakukannya tanpa saya.”

Dr Mahathir berkata kerajaan gagal untuk menangani pandemik Covid-19 kerana “tiada pengalaman dalam krisis”.

“Terlalu banyak politiking dan rakyat marah kerana kes jangkitan terus meningkat. 

“Jelas sekali mereka ada perancangan tetapi tidak tahu bagaimana untuk laksanakannya,” kata Dr Mahathir. 

Beliau berkata politiking menyebabkan situasi bertambah buruk dan menjadikan kurang koordinasi. 

“Untuk mengatasi krisis seperti ini, kamu perlu ada pengalaman tetapi kerajaan ini ditubuhkan oleh orang yang tidak ada pengalaman mentadbir, khususnya ketika krisis.”

Dalam program berkenaan, Dr Mahathir turut menjawab soalan mengapa beliau percaya bahawa politik kaum masih relevan di Malaysia dan mengapa beliau meletakkan jawatan pada Februari 2020. 

“Terdapat banyak negara berbilang kaum tetapi mereka hanya ada satu kewarganegaraan. Bekas presiden AS Dwight Eisenhower adalah orang Jerman tetapi mengetuai Amerika untuk memerangi Jerman. 

“Malaysia tidak mahu ada satu identiti bangsa kerana kita mahu pertahan asal usul kita dan hubungan dari mana asal ibu bapa kita. 

“Jadi, masih ada seklah yang menggunakan bahasa mereka sendiri. Dan di rumah, kita tidak bercakap bahawa Malaysia tetapi kita guna bahawa ibunda,” katanya yang juga ahli Parlimen Langkawi. – 14 Julai, 2021.

BILA ANAK MUDA

KATA KERAJAAN

GAGAL

HANTAR POLIS

TANGKAP

 ANAK MUDA

AMIN

MASALAH KOBID

TAK SELESAI

AMIN



3 ulasan:

Mat Lekeh berkata...

Enche TT. Mohon kurangkan enjoy de menjoi. Sebab semalam saya terbacha bahawa al samahah al syeikh al fadil tuan haji mokhtar senik menegur dan bersurah supaya RTM hentikan maksiat di kaca tv. Enjoy de menjoi ni mengundang bala mat kobid. Justeru marilah kita semua tawaduk dan duduk diam2 sahaja di rumah sambil makan atau hisap buah nenas. Aaminn.

Mat Lekeh berkata...

Enche TT. Mohon kurangkan enjoy de menjoi. Sebab semalam saya terbacha bahawa al samahah al syeikh tuan haji mokhtar senik menegur dan bersurah supaya RTM hentikan maksiat di kaca tv. Enjoy de menjoi ni mengundang bala mat kobid. Justeru marilah kita semua tawaduk dan duduk diam2 sahaja di rumah sambil makan atau hisap buah nenas. Aaminn.

yeop_sepet berkata...

ada ke bagi zafrul lead. ibarat bagi akauntan jadi pengarah hospital,apa pengalaman pentadbiran kerajaan yg dia ada? ordnan darurat bawah kementerian dia pun dia tak tahu. we are doomed.