Ahad, 18 Julai 2021

MANUSIA BEBAL PUNCA PENYAKIT

 


TERBUKTI

MANUSIA BEBAL

PUNCA PENYAKIT

AMIN

INI DIBURUKAN

LAGI OLEH

POLITIKUS 

GILA KUASA

AMIN

DAN OLEH

KERJAAN YANG

DISYAKI 

SOKONGAN RAKYAT

KHALAS



Aktiviti sosial ketika Aidilfitri dan Gawai punca 267 kluster, kata KP kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan aktiviti kunjung mengunjungi dan perjumpaan pada Hari Raya Korban minggu depan, sambil mengumumkan 267 kluster komuniti dalam dua minggu terakhir adalah berpunca daripada aktiviti serupa.

Ziarah rumah ke rumah dan aktiviti sosial semasa perayaan Aidilfitri dan Gawai menyumbang kepada kluster yang dikesan antara 1 Jun hingga 16 Julai, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang tempoh ini, 17,106 kes positif dikesan daripada 267 kluster. Sebanyak 72,755 individu sudah menjalani ujian saringan.

“Daripada 17,106 kes positif, terdapat 1,055 kematian sementara 42 masih dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.

Noor Hisham mengingatkan orang ramai agar bersikap lebih bertanggungjawab dan mengelakkan aktiviti yang sama semasa Hari Raya Korban pada 20 Julai ini.

“Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Korban, jangan ‘korbankan’ diri anda dan menjadi mangsa Covid-19,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh 1 Jun hingga 16 Julai, sebanyak 21 kluster turut dikesan melakukan rentas negeri.

“Dari 1 Jun hingga 16 Julai, hanya 1,010 kes positif yang dilaporkan dalam 21 kluster ini daripada 5,681 individu yang diuji.

“Kluster ini melibatkan mereka yang melakukan perjalanan rentas negeri untuk perayaan, menziarahi ahli keluarga, menghadiri pengebumian dan untuk tujuan kerja.”

Perak melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sebanyak 8, diikuti oleh Terregganu (5) dan Kelantan (3).

Sementara itu, kini terdapat 906 kluster aktif di negara ini, 28 daripadanya dilaporkan hari ini.

Kluster tempat kerja menyumbang 19 daripada kluster baharu sementara enam adalah kluster komuniti, dua melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan.

Kluster tempat kerja

1. Jalan Langsant Choh di Pontian, Johor - 30 kes

2. Jalan Penaga 18 di Johor Bahru, Johor - 11 kes

3. Jalan Keluli Empat di Johor Bahru, Johor, 46 kes

4. Perindustrian PLO 34 di Kuala, Johor - 12 kes

5. Lorong Perusahaan 10 di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - 16 kes

6. Lorong Jelawat di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang- 31 kes

7. Lorong Perusahawan 8B di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - 57 kes

8. Lorong Perusahaan Baru Tiga di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - 17 kes

9. Saujana Putra Satu di Kuala Langat dan Petaling, Selangor - 75 kes

10. Industri Alam Perdana di Kuala Selangor, Selangor - 49 kes

11. Industri Saujana Terapia di Kuala Selangor, Selangor - 14 kes

12. Tapak Bina Jalan Batu View di Kepong, Kuala Lumpur - 141 kes

13. Jalan Limau Purut di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 23 kes

14. Tapak Bina Jalan Awan Besar di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 270 kes

15. Industri Jalan Usaha 13 di Melaka Tengah, Melaka - 29 kes

16. Industri Lot 11 Tangga Batu di Melaka Tengah, Melaka - 150 kes

17. Industri Lot Lima Batu Berendam di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka - 34 kes

18. Jalan Industri TJ Utara di Seremban, Negeri Sembilan - 48 kes

19. Industri Chembong di Rembau, Negeri Sembilan - 60 kes

Kluster komuniti

1. Kampung Tamjung Tok Sadang di Kota Bahru, Kelantan - 12 kes

2. Kamoung Bujuk un Pasir Mas, Kelantan - 14 kes

3. Kampung Kepas di Machang, Kelantan - 7 kes

4. Rantau Melor di Jerantut, Pahang - 7 kes

5. Jambatan Liawan di Keningau, Sabah - 45 kes

6. Bedup Longgo di Serian, Sarawak - 25 kes

Satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Paya Datuk di Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin, Melaka. Terdapat 58 kes dikesan di sini.

Kluster pendidikan Jalan Seri Tawar di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang melaporkan 12 kes. – 17 Julai, 2021.

 ORANG BEBAL

BAWA MASALAH

AMIN

PENYEBAR KOBID

AMIN

APA YANG WAJIB

DILAKUKAN

KEPADA MANUSIA

BEBAL ?

AMIN

BEBAL YANG 

TAK SUSAHKAN

ORANG RAMAI

IALAH BEBAL

YANG DAH MATI

KHALAS



Tiada ulasan: