Khamis, 8 Julai 2021

MUHYIDIN BERJAYA - ANWAR GAGAL

 

 WOIT

SEKALI NGAP

PROJEK ANWAR

GAGAL

AMIN

PASAL APA

 GAGAL ?

AMIN

PASAL ACAH

LAMA SANGAT

KAH KAH KAH

CAKAP NAK BUNUH

CAKAP NAK TIKAM

CAKAPA NAK CERAI

TAPI TAK BUAT

KAH KAH  KAH



Langkah Muhyiddin untuk lemahkan Umno, kata penganalisis

PELANTIKAN Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan dalam kerajaan Muhyiddin Yassin hanya untuk melemahkan Umno dan bukannya untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.

Mereka melihat Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berjaya meredakan ketegangan dalam hubungan antara dua parti itu serta melemahkan ancaman Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak, yang mahu Umno segera menarik balik sokongan kepada PN tanpa perlu menunggu Parlimen bubar.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng melihat perdana menteri sudah mengunci gerakan Ahmad Zahid dan Najib dalam langkah yang diatur untuk melemahkan ancaman dua ahli Parlimen itu menarik sokongan mereka kepada pentadbirannya.

“Ia tidak menjadikan Bersatu lebih kuat tetapi akan menjadikan Umno berpecah,” katanya.


Khoo menambah Umno bagaimanapun masih boleh menarik balik dukungannya kepada Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang, seperti yang diputuskan oleh parti itu dalam perhimpunan agungnya pada hujung Mac 2021.

“Ini akan berpanjangan dan tidak mengubah masa depan politik Bersatu,” katanya.

Pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan media lebih kurang pukul 4.45 petang tadi.

Ismail yang juga naib presiden Umno kekal sebagai menteri pertahanan tetapi jawatannya sebagai menteri kanan keselamatan kini dipindahkan kepada Hishammuddin, yang kekal sebagai menteri luar negeri.

Hishammuddin juga akan membantu Muhyiddin melaksanakan pelan pemulihan negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Jelas Khoo, pelantikan dua menteri Umno itu ke jawatan lebih tinggi tidak meredakan kemarahan rakyat kepada PN yang menutup Parlimen susulan perintah darurat serta dianggap gagal mengekang penularan Covid-19.

Pelantikan itu diumumkan hanya beberapa jam sebelum Majlis Kerja Tertinggi Umno bermesyuarat malam ini dipercayai untuk menentukan keputusan sama ada menarik diri atau kekal menyokong kerajaan Muhyiddin.

Ismail Sabri dan Hishammuddin, yang diketahui dalam kalangan ahli Parlimen Umno yang mahu kekal dalam kerajaan PN, menerima pelantikan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata MKT Umno sebelum ini sudah memutuskan menolak tawaran pelantikan timbalan perdana menteri, sekiranya ada. Beliau dipercayai merujuk keputusan badan pembuat dasar parti itu dalam mesyuarat pada Februari lepas.

Pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar melihat mesyuarat MKT Umno malam ini penting untuk melihat kedudukan Umno dalam permainan politik yang sudah berlarutan sejak berbulan-bulan.

“Sekiranya pada malam ini MKT Umno tidak berani membuat keputusan untuk menarik diri dan akur dengan pelantikan ini sebagai tawaran yang lumayan kepada Umno, maka saya sifatkan perjuangan atau game yang dibawa oleh Ahmad Zahid dan Najib Razak kalah dalam permainan yang dilakukan oleh Muhyiddin,” katanya.

Pensyarah politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar pula berkata pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin hanya akan merobekkan lagi perpecahan dalaman Umno.

“Umno sendiri akan terus bergolak sekiranya Umno tidak dapat memberi respons yang dipersetujui bersama oleh parti terhadap pelantikan ini, pengaruh Najib dan Zahid mungkin akan menipis,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia, Dr Azmil Tayeb pula berpendapat pelantikan pemimpin Umno ke jawatan tinggi dalam kabinet bukan penamat kepada polemik yang berlaku antara Umno dan kerajaan PN.

Jelasnya persoalan kini adakah lantikan tersebut akan memuaskan hati ketua bahagian Umno untuk mengekalkan kedudukan parti itu dalan kerajaan PN ataupun sebaliknya.

“Pada saya pengumuman ini baru ‘check’ belum ‘mate’  lagi.

“Usaha untuk memujuk ketua bahagian Umno untuk tidak terpancing dengan lantikan ini jatuh kepada Zahid dan Najib kerana mereka berdua yang paling dirugikan jika Umno buat keputusan bersama Bersatu,” katanya.

Profesor kajian Asia di University of Tasmania James Chin juga sependapat bahawa Muhyiddin sudah mengunci gerakan Ahmad Zahid dan Najib.

Sangat jelas, katanya, pelantikan itu dibuat kerana tekanan Umno yang mahu mengetepikan Bersatu dan membentuk kerjasama baharu dengan PKR.

“Kita tidak tahu sama ada wujud atau tidak rundingan dengan kelompok yang digelar kluster mahkamah ini,” katanya, merujuk kepada kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid dan Najib.

Dalam pada itu, ahli sains politik Wong Chin Huat berpendapat Muhyiddin sudah berjaya melemahkan Ahmad Zahid, yang mahu semua 38 ahli parlimen Umno keluar dari kerajaan.

Namun perkembangan seterusnya akan bergantung kepada pertembungan puak dalam Umno dalam masa beberapa hari atau minggu akan datang, tambahnya.

“Dalam keadaan yang terbaik untuk Muhyiddin pun iaitu sekiranya kumpulan yang pro-Bersatu menguasai Umno, Ahmad Zahid dan kumpulannya masih boleh menarik keluar enam atau tujuh ahli parlimen daripada kerajaan, menjadikan kerajaan Muhyiddin sebuah kerajaan minoriti,” kata Wong. – 7 Julai, 2021.

 ILMU POLITIK

DISINI

IALAH

JANGAN BANYAK

CAKAP

TAPI BUAT

KHALAS



Tiada ulasan: