Khamis, 8 Julai 2021

TIMBALAN PRESIDEN UMNO BERSUARA

 

SUARA 

TIMBALAN PRESIDEN

AMIN

MEMPERKUKUH

SUARA ZAHID

PRESIDEN

KHALAS




Kenapa Umno buat pendirian tidak sokong Muhyiddin?

UMNO tidak pernah diasaskan demi kepentingan lain kecuali memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, memuliakan Islam, memelihara kehormatan institusi raja dan membangunkan negara.

Pendirian ini akan terus menjadi pendirian Umno. Sebagai parti politik, kejelasan sebuah pendirian sangat penting.

Tanpa pendirian, Umno jadi hanya sebuah parti terdaftar, bukan sebuah perjuangan.

Justeru dalam keadaan negara yang sangat meleset, Umno wajar tampil dengan sebuah pendirian. Membiarkan kemelesetan negara ini menerus, laksana Umno merestuinya.

Pendirian Umno mesti berpaksikan aspirasi rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat.  

Bila sistem kesihatan semakin parah, ekonomi merudum dan memburuk, kemiskinan meningkat, mereka yang membunuh diri semakin banyak, kelaparan telah menjadi nyata, bendera putih, hitam dan segala warna telah dikibarkan, demokrasi diselewengkan, malah institusi Raja disanggah dengan tiada susila, Umno tidak boleh menjadi sebahagian dari kemelesetan ini.

Umno mesti senafas dengan kesusahan rakyat, bukan kuasa dan kedudukan.

Fitrah Umno adalah parti untuk orang kebanyakan serta biasa-biasa, maka untuk merekalah Umno harus bersuara dan berjuang.

Kepada semua ahli Umno, walau dipelusuk desa dan perbatasan nan terpencil, atau di pulau paling jauh, mahupun di kota dan bandar seluruh negara, yakinlah, pendirian kepimpinan Umno tidak akan tergelincir dari keutamaan rakyat, negara dan parti.

Ia pasti selari dengan keputusan perwakilan perhimpunan agung.

Tiada individu lebih besar dari Umno. Tiada tokoh lebih penting dari parti dan rakyat. Tiada kuasa lebih besar dari kuasa rakyat. Tiada perjuangan lebih bererti dari perjuangan untuk rakyat yang marhaen dan yang terjejas.

Insha Allah, Umno telah ada sebuah pendirian dan jalan kehadapan. Semoga jalan dan pendirian yang direncanakan ini adalah sebaiknya jalan dan pendirian untuk rakyat,  tanahair dan parti kita Umno. 

Kepada ahli dan rakyat, Umno sandarkan masa depannya,  insha Allah. – 8 Julai, 2021.

* Mohamad Hasan, 
Timbalan Presiden Umno

TUNTAS

JELAS

KHALAS

4 ulasan:

cikminah berkata...

Mana ada tuntas dan jelas, dulu ya, umno jelas memperjuangkan bangsa Melayu, sekarang ni pemimpin umno cuma memperjuangkan kuasa untk merebut wang ringgit dan kumpul harta sendiri. Bermegah-megah dengan kemewahan dan kedudukan sebagai menteri.
Takdanya berjuang untuk rakyat bawahan. Semuanya retorik kosong.Tak usah tipulah, orang bodoh je tak tahu.
Sekarang ni sibuk nak adakan PRU15 dgn harapan rakyat semua akan undi umno, puiiii....!!!!
Dengan jangkitan Covid naik mendadak dah capain 10,000 orang setiap hari, tak kuasa aku nak keluar mengundi, semata-mata nak dia jadi menteri.

Unknown berkata...

Kesian pemimpin yang macam kura2 ni. Bila orang tengah bergaduh, dia hilang. Bila nampak macam suksess, dia mula keluarkan kepala. Macam ni pun nak PM malaysia kaaaaa. Baranb jauhkan Allh

Mat Tulih berkata...

Porraahhh Tok Mat.
Rakyat Nismilan habis kena kencing oleh dia adik-beradik sekarang ni nak kencing satu Mesia pulak.
Bangang sangat ke rakyat Mesia ni.
Orang UMNO memang dah lama dibangangkan dik Najib lanun dan Zahid penyamun. Tujuh keturunan orang UMNO mandi kencing pemimpin diorang.

panglimo potaseh berkata...

Dulu ya UMNO baek ..sikarang UMNO totibo jadi jahat ..apo sobab totibo UMNO jadi gangster Kampong Dusun lak ..Jarjees, Najeeb, Nazree, Mike Taison, Toyol, Eesa Xinzier, Tambichik, Montoya, Ngah Tolib, Dr Khalil tu kira UMNO DULU yg baek yg birjuang utk Molayu ko atau UMNO SIKARANG yang jahat ..