Rabu, 18 Ogos 2021

HENTI REBUT KUASA

 

POLITIKUS HENTI

BEREBUT KUASA

AMIN

BERSATU LAWAT

VIRUS WUHAN

AMIN




Yang menang tidak menang semua, titah Agong

SEMUA pemimpin politik perlu sedia bekerja dalam satu pasukan apabila kerajaan baharu dibentuk secepat mungkin bagi menggantikan pentadbiran Muhyiddin Yassin, titah Yang di-Pertuan Agong.

Ia dititahkan sewaktu baginda menerima menghadap para pemimpin parti politik semalam bagi memilih perdana menteri baharu, menurut kenyatan dikeluarkan Istana Negara hari ini.

“(Baginda menitahkan) ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya dan semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua manakala yang kalah pula tidak kalah semua,” kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin itu dipetik.


Perkara itu diingatkan sewaktu beberapa blok dibentuk kalangan ahli Parlimen dan parti politik kini bergelut untuk meraih sokongan majoriti sebelum tempoh sehingga jam 4 petang ini berakhir.

Semua 220 ahli Parlimen tersebut perlu mengemukakan surat akuan dengan nama calon pilihan selewat-lewatnya petang ini bagi membantu baginda memilih perdana menteri kesembilan.

Seterusnya, perdana menteri baharu itu perlu mengemukakan usul percaya di Dewan Rakyat secepat mungkin untuk mengabsahkan kedudukannya.

Menurut Ahmad Fadil, baginda antara lain mahu perdana menteri itu dipilih mengikut perlembagaan.

Baginda juga mahu ahli Dewan Rakyat sepakat dan jujur dalam membuat pilihan berkenaan bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat diutamakan.

Menurutnya, baginda kesal kerana kemelut politik itu berterusan walau negara masih bergelut dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.

Ini memandangkan majoriti petugas baris hadapan keletihan berhadapan ribuan pesakit dan fasiliti kesihatan negara masih dalam keadaan membimbangkan, kata Ahmad Fadil.

Selain itu, baginda juga mahu perancangan bawah dasar sedia ada diteruskan termasuk projek pembangunan, program menangani pandemik, program vaksinasi dan program pemulihan negara.

Baginda mahu perkara itu disegerakan memandangkan kemelut politik tanpa noktah itu menggangu urusan kerajaan sewaktu negara diancam pandemik Covid-19, katanya.

Ia dititahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menerima menghadap para pemimpin parti politik semalam, kata Ahmad Fadil.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah, katanya.

“Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara.

“Di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini,” katanya. – 18 Ogos, 2021.    



MUSUH KITA

MUSUH RAKYAT

DUNIA SEKARANG

IALAH VIRUS

DARI WUHAN

AMIN

YANG LAIN

LUPAKAN DULU

BUAT SEMENTARA

AMIN




Tiada ulasan: