Selasa, 17 Ogos 2021

INI BUKAN SD AZILAH ATAU SD YUSUF RAWTHER

 


SD INI BUKAN

SD YUSOF RAWTHER

UNTUK ANWAR

AMIN

SD INI BUKAN

SD AZILAH

 UNTUK NAJIB

AMIN 



Speaker Dewan Rakyat minta surat akuan sokongan PM sebelum petang esok

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta ahli Parlimen menghantar surat akuan kepada Istana Negara menyatakan sokongan mereka kepada anggota Dewan Rakyat untuk jadi perdana menteri yang baharu.

Beliau meminta surat akuan itu dihantar kepada Istana Negara sebelum 4 petang esok.

“Pada melaksanakan perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat spaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9,” katanya dalam pekeliling kepada semua anggota Dewan Rakyat.

The Malaysian Insight melihat salinan pekeliling itu yang bertarikh hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga ahli Dewan Rakyat mengesahkan kepada The Malaysian Insight menerima notis berkenaan.

Notis itu menyebut surat akuan berkenaan boleh dihantar secara faks, e-mel atau WhatsApp, tetapi tidak boleh secara serahan tangan kerana Istana Negara bagi pencegahan pandemik Covid-19.

Surat akuan itu perlu diserahkan kepada setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong, Nazim Mohd Alim.

“Mana-mana surat akuan Yang Berhormat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira,” kata Azhar.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya menjaga kerahsiaan surat akuan masing-masing sehingga Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri.

Ini kali pertama seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat terlibat dalam proses pemilihan seorang perdana menteri.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut seorang perdana menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Perlembagaan tidak menyebut, dan sebelum ini juga, Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak terlibat dalam proses pemilihan perdana menteri.

Beberapa sumber parti politik malam tadi mengesahkan Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua atau wakil parti mengadap di Istana Negara, 2 petang ini, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin semalam.

Muhyiddin hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk kekal perdana menteri selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Pada 4 Ogos, Muhyiddin berkata peletakan jawatannya tidak timbul dan beliau mengumumkan kesediaan mengusulkan undi percaya untuk menguji keabsahannya di Dewan Rakyat apabila bersidang pada September.

Seminggu kemudian Muhyiddin menawarkan tujuh cadangan pembaharuan sebagai ganti mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen untuk mengekalkan kerajaannya.

Parti pembangkang menolak tawaran Muhyiddin, yang mereka sifatkan “cubaan rasuah terbuka melalui televisyen” sementara beberapa wakil mereka juga memfailkan laporan polis. 

Semalam, Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Katanya, beliau letak jawatan untuk mempertahankan prinsip daripada kumpulan ahli politik kleptokrat yang rakus kuasa. – 17 Ogos, 2021.

SD INI UNTUK

PADAMKAN

SEMUA SD YANG

SEDIA WUJUD

KHALAS



Tiada ulasan: