Selasa, 17 Ogos 2021

MAHIADIN GANTI MUHYIDIN

 

 TEKA TEKI

MIHIADIN GANTI

MUHYIDIN

KAH KAH KAH




Siapa bakal PM9?

TEKA-teki mengenai siapa bakal perdana menteri kesembilan sudahpun bermula berikutan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin semalam.

Selepas memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin susulan hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara sehingga penggantinya dilantik.

Setakat ini,  tiada siapa dilihat yang mempunyai cukup sokongan majoriti daripada 220 ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri baru. Pengganti Muhyiddin perlu memperoleh majoriti mudah 111.

The Malaysian Insight menyenaraikan empat kebarangkalian siapa bakal perdana menteri kesembilan:


Kebarangkalian 1 – Tengku Razaleigh Hamzah atau Ismail Sabri Yaakob 

Sokongan mungkin dari Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 20 ahli Parlimen, Gabungan Parti Sarawak (18), MCA (2), MIC (1), empat Bebas (Julau, Tebrau, Kuala Langat and Ranau), PBS (1) dan dua puak Umno (38).

Formula ini sama dengan sokongan 115 ahli Parlimen yang menyokong PN dibawah pimpinan Muhyiddin.

Sama ada Tengku Razaleigh atau Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dilantik sebagai perdana menteri, semuanya bergantung kepada kepada rundingan.

Kebarangkalian 2 – Anwar Ibrahim variasi #1

Presiden PKR akan jadi perdana menteri sekiranya semua 105 ahli Parlimen pembangkang menyokong beliau, ditambah 15 lagi dari Umno diketuai presiden parti Ahmad Zahid Hamidi yang menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Komposisi ahli Parlimen pembangkang ketika ini adalah Pakatan Harapan (88), Pejuang (4), Warisan (2), Parti Sarawak Bersatu (2), Upko (1), Muda (1) dan satu Bebas (Simpang Renggam).

Dengan 15 lagi ahli Parlimen Umno termasuk Zahid, Anwar dengan mudah peroleh 120 sokongan, lebih 20 berbanding blok PN.

Bagaimanapun, ini mustahil berlaku kerana Zahid telah berjanji untuk mengekalkan dasar ‘No Anwar, No DAP’ dalam perhimpunan agung Umno pada Mac.

Malah, parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menyokong mana-mana individu sebagai perdana menteri seterusnya, dan mencadangkan supaya Majlis Pemulihan Negara perlu ditubuhkan bagi menggantikan PN.

Kebarangkalian 3 – Anwar Ibrahim variasi #2

Senario ini akan berlaku apabila 31 ahli Parlimen Bersatu dan 105 dari blok pembangkang (menjadi 136 ahli Parlimen) menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Namun, kebarangkalian ini juga mustahil untuk jadi kenyataan memandangkan Bersatu berseteru dengan PH, kerana menggulingkan kerajaan bersama 11 ahli Parlimen yang belot PKR.

Dan sudah pasti, dalam kalangan pembangkang sendiri Anwar tidak mendapat sokongan dari Pejuang pimpinan Dr Mahathir.

Kebarangkalian 4 – Muhyiddin Yassin sekali lagi jadi PM

Dalam situasi ini, kesemua 31 ahli Parlimen Bersatu perlu setuju untuk keluar dari gabungan bersama Barisan Nasional, GPS dan PAS, lantas berkompromi dengan 105 ahli Parlimen pembangkang dan seterusnya menjadikan mereka mempunyai 136 sokongan.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Tidak mustahil Bersatu memeterai Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan PH walaupun parti itu membelot melalui “Langkah Sheraton” pada Februari tahun lalu. Lebih-lebih lagi Muhyiddin pada 13 Ogos lalu umum tujuh tawaran untuk meraih sokongan pembangkang sebagai usaha terakhir memastikan kerajaan PN terus berfungsi.

Tawaran itu meski ditolak pembangkang sebelum Muhyiddin letak jawatan, tetapi apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini tiada siapa yang tahu. Segalanya berkemungkinan.

Berikut pecahan ahli Parlimen mengikut parti atau gabungan:

PH (88), PN (50), Umno 23 (diketuai Ismail Sabri Yaakob),
 GPS (18), Umno 15 (diketuai Ahmad Zahid Hamidi), 
Warisan (8), Pejuang (4), PSB (2), MCA (2), MIC (1), Muda (1), PBRS (1), Upko (1), PBS (1), Bebas (5)
PH: DAP (42), PKR (35) dan Amanah (11)
PN: Bersatu (31), PAS (18) dan STAR (1)

Di dalam artikel ini, gabungan BN (42) terpecah kepada dua puak Umno, satu yang dipimpin Ismail Sabri (23) bersama MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1), manakala satu lagi puak dipimpin Zahid (15). – 17 Ogos, 2021. 


 MASALAH NEGARA

MASIH TAK SELESAI

KHALAS

POLITIKUS MASIH

BEREBUT 

AMIN

MASIH GILA KUASA

KHALAS



1 ulasan:

Anto nyo beraga @ Antoniobraga berkata...

Pada aku la tt...selagi munke UMNO dan munke bekas UMANO jadi pemerintah negara ni selagi itulah negara ini x kan aman,maju dan tenteram....Kenkadang tu aku rasa orang melayu ni macam x boleh la jadi pemerintah negara...semua watak macam kaki gebang kedai kopi..sembang kencang apa pun tarak...Jadi pada pendapatan aku la...naikkan pemerintah yang bukan dari tong UMNO SEBAB DIORANG BAWA BUDAYA umno KEDALAM pemerintahan negara..aaaaaaaaa mak nya biru#