Selasa, 17 Ogos 2021

PASAI APA GUNA NAMA GENG SAKAI ?

 


ADA SAPA TAHU

CERITA PASAL

APA NAMA

GENG SAKAI

AMIN


3 Geng Sakai didakwa

KUALA LUMPUR – Seramai tiga lagi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali ‘Geng Sakai’ didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ketiga-tiga suspek didakwa atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang antara Januari 2015 dan Jun 2021.

Suspek, Sukhdave Singh Jesvir Singh, 20, R Logeswaran, 23, dan A Jayaprakash, 18, dibicarakan dihadapan Hakim MM Edwin Paramjothy.

Ketiga-tiga tertuduh hanya mengangguk namun tidak ada sebarang pengakuan direkodkan.

Ini kerana, kesemua mereka telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, antara Januari 2015 dan 20 Jun 2021, dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan dibarisi oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Hanya Logeswaran diwakili oleh peguam R Kirthiraj mewakili manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian membenarkan permohonan untuk memindahkan kes ketiga-tiga tertuduh dan kes 19 lelaki yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan sama ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, seramai 19 ahli daripada 23 orang disyaki ahli Geng Sakai yang ditahan sudah didakwa di mahkamah sama pada 13 Julai lalu.

Pada Jun lalu, polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit susulan penahanan 24 ahli di sekitar ibu negara, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Pada 13 Julai lalu, seramai 19 lelaki termasuk Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sama atas pertuduhan serupa. 


SAPA TAHU

SIAPA DIA

ROSLI SAHAK

AMIN



Tiada ulasan: