Isnin, 16 Ogos 2021

MUHYIDIN TAK LULUS

 


 17 BULAN

MUHYIDIN TELAH

GAGAL

AMIN

JIKA MENGULANG

SEKALI  LAGI PUN

AKAN GAGAL JUGA

KAH KAH KAH




Kejayaan Muhyiddin? Jadi PM sampai hari ini, kata penganalisis

TEMPOH 17 bulan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri diingati kerana kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19 dengan baik serta meringan kesukaran kewangan rakyat, kata penganalisis politik.

Satu-satunya kejayaan beliau dalam tempoh itu ialah kekal jadi perdana menteri selama 17 bulan, kata mereka.

Mereka juga mengingatkan bagaimana Muhyiddin dan kerajaannya melanggar demokrasi, termasuk mengambil tindakan terhadap para pengkritik.

“Gagal sepenuhnya. Setiap perancangannya gagal. 

“Misalnya, beliau kata darurat untuk turunkan kes Covid-19 tetapi itu tidak berlaku. Beliau juga kata kerajaannya sebuah kerajaan yang memandu ekonomi… itu pun tidak berlaku,” kata pengarah program badan pemikir Iman Research Badrul Hisham Ismail.

Beliau menambah, agenda pembaharuan langsung tidak berlaku di bawah pentadbiran Muhyiddin.

“Semua pembaharuan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dicampak ke tepi – sikapnya kepada Parlimen, bagaimana kerajaan melayan pekerja asing semasa pandemik, rating hak asasi jatuh, Undi18 ditolak sementara hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara lain juga buruk.

“Daripada 10 saya hanya boleh beri dua untuk prestasinya sebagai PM. Tiada yang baik daripadanya,” katanya.

Muhyiddin dijangka menyerahkan surat perletakan jawatan perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat susulan tindakan 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya.

Parti pembangkang juga menolak cadangan tujuh pembaharuan yang Muhyiddin tawarkan sekiranya mereka memberikan sokongan kepada beliau semasa undi percaya di Parlimen.

Antaranya, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, mengukuhkan institusi Parlimen dan menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

Tawaran dibuat menjelang undian percaya kepada perdana menteri pada 7 September ketika kerajaan Muhyiddin kini dipercayai mempunyai hanya 100 sokongan daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Lemah terhadap Umno

Dr James Chin dari Tasmania University berpendapat masalah pentadbiran Muhyiddin dipengaruhi kegagalannya membendung serangan Umno yang berterusan.

Katanya, Umno menyerang Muhyiddin dan pentadbirannya kerana parti itu mahu lebih kuasa dalam kerajaan.

Menurut Chin, Muhyiddin sepatutnya nampak Umno adalah ancaman utamanya sebelum beliau menjalin kerjasama dengan bekas partinya itu selepas kerajaan PH tumbang pada Februari tahun lalu.

“Saya selalu kata, dalam politik Melayu, hanya boleh ada sebuah parti utama. Kita tengok Barisan Nasional bertahan selama 60 tahun kerana hanya ada Umno.

“Dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), ada Bersatu dan Umno. Walaupun dalam gabungan yang sama Umno terus menyerang Bersatu dan Muhyiddin.

“Muhyiddin tidak menyelesaikan ini dan kerana itu tumpuannya untuk menguruskan negara terganggu. Ia jadi masalah dari awal,” kata Chin.

Chin menyifatkan bertahan sebagai perdana menteri selama 17 bulan satu-satunya kejayaan Muhyiddin.

“Itu saja ulasan baik yang boleh saya beri, kalau itu boleh dianggap sebagai satu kejayaan,” tambahnya.

Tidak gagal sepenuhnya

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar bagaimanapun berbeza pandangan dengan Badrul dan Chin. Katanya, pengerusi Bersatu itu harus dipuji atas beberapa inisiatif yang beliau laksanakan.

“Saya kira beliau masih fokus pada membendung Covid-19. Beliau mengemukakan beberapa pelan ekonomi untuk membantu rakyat biarpun dalam keadaan sukar.

“Pendekatannya untuk rakyat semasa mula memegang jawatan, bagus. Beliau membentuk imej bapa yang mendapat sokongan dalam kalangan orang Melayu.

“Beliau tidak respons kepada kritik dan berdiam diri untuk mengurangkan politik,” katanya.

Hisomuddin bagaimanapun mengakui Muhyiddin ada kelemahannya.

“Beliau tidak berkomunikasi baik dengan media dan sesetengah anggota Kabinet juga tidak membantu meningkatkan imejnya. Mereka buat silap tetapi Muhyiddin yang disalahkan.

“Kabinetnya kelam kabut, pada pandangan saya. Saya beri Muhyiddin 4/10,” katanya.

Muhyiddin angkat sumpah perdana menteri kelapan pada Mac 2020, seminggu selepas Dr Mahathir Mohamad letak jawatan.

Semasa pentadbiran Dr Mahathir, Muhyiddin jadi menteri dalam negeri tetapi kemudian membawa Bersatu keluar dari PH, menyebabkan kerajaan 22 bulan itu jatuh.

Muhyiddin kemudian menubuhkan kerajaan PN dengan sokongan Umno, PAS dan kumpulan serpihan PKR.

Pensyarah politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata keputusan Muhyiddin membenarkan Umno jadi sebahagian kerajaannya adalah bunuh diri politik.

Beliau juga melihat betapa ironi, Muhyiddin yang mendakwa dirinya “Melayu dulu” akhirnya berkonfrontasi dengan istana.

Pertikaian timbul apabila kerajaan mengumumkan ordinan darurat sudah dimansuhkan tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Biarpun ada tekanan daripada pihak istana, beliau masih mahu berpaut pada kuasa. 

“Sebagai jalan akhir, beliau menawarkan pembaharuan yang tidak berbeza dengan apa yang hendak dilakukan oleh Pakatan Harapan.

“Beliau menunjukkan beliau mahu terus kekal tetapi sudah terlambat.”

“Beliau ada peluang tetapi sejak awak, kerjasama dengan Umno tidak menguntungkannya. Kerjasama dengan parti yang memecatnya dulu memang kerja bunuh diri,” kata Tunku Mohar. – 16 Ogos, 2021.

 NAK BUAT

MACAM MANA

KAH KAH  KAH

APA BOLEH BUAT

TAIK KAMBING

BULAT BULAT

KAH KAH KAH



1 ulasan:

izzy berkata...

Parti Pelacur kangkang kat mana malam ni,bang????....ha ha ha