Isnin, 16 Ogos 2021

JANJI YANG BAIK DATANG LAMBAT

 



JANJI YANG BAIK

DATANG LEWAT

AMIN



Muhyiddin jumpa pegawai, menteri sebelum mengadap Agong tengah hari

MUHYIDDIN Yassin mengadakan beberapa perjumpaan khas dengan pegawai dan anggota Jemaah Menteri pagi ini sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari, yang dijangka untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

Mesyuarat Kabinet dijadual 10.30 pagi sementara majlis mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah difahamkan 12.30 tengah hari.

Muhyiddin selepas itu dijangka membuat perutusan khas awal petang ini untuk memaklumkan hasil pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin tiba di kompleks Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 8.07 pagi tadi.

The Malaysian Insight difahamkan Muhyiddin pagi ini terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan kumpulan pegawai di pejabatnya pada 8.30 pagi.

Beliau kemudian berjumpa dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan diketuai Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki kompleks Perdana Putra 8.10 pagi diikuti Peguam Negara Idrus Harun kira-kira 20 minit kemudian, lapor Bernama di Twitter.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan kepada wartawan Muhyiddin akan letak jawatan hari ini selepas segala usaha meraih sokongan untuk mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat gagal.

Sokongan kepada Muhyiddin terhakis selepas 15 ahli Parlimen Umno diketuai presiden parti Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan mereka kepadanya dan kerajaan Perikatan Nasional.

Pada Jumaat lepas, Muhyiddin menawarkan janji reformasi tujuh perkara sebagai ganti mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang, menjelang undi percaya yang ditetapkan 7 September.

Beliau juga memberi akujanji pilihan raya umum diadakan sebelum akhir Julai tahun depan.

Parti pembangkang bagaimanapun menolak tawaran itu. Mereka menyifatkan tawaran Muhyiddin “cubaan rasuah terbuka melalui televisyen” sementara beberapa wakil parti politik pembangkang memfailkan laporan polis.

Muhyiddin jadi perdana menteri pada 1 Mac 2020 selepas percaturan politik menyingkirkan kerajaan PH yang menang pilihan raya umum 2018.

Kerajaan PH jatuh selepas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi parti letak jawatan setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu pada 24 Februari 2020. – 16 Ogos, 2021.

APA BOLEH BUAT

BERAK KAMBING

BULAT BULAT

AMIN






Tiada ulasan: