Isnin, 16 Ogos 2021

TAHNIAH MUHYIDIN

 

  TENTANG

NAJIB ZAHID

KU FRAUD

 MAT MASLAN

ISA SAMAD

KE SUNGAI BULUH

MUHYIDIN  AMAT

TEGAS

AMIN

NO TALK NO DEAL

INI MUHYIDIN

BETUL

AMIN

MUHYIDIN DITEKAN

TAPI DIA

TAK BERGERAK

KHALAS



Saya tidak mahu korban prinsip, kata Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin menyalahkan “kumpulan kleptokrat” kerana menjatuhkan kerajaannya, menjadikan beliau perdana menteri yang memegang jawatan hanya 532 hari, paling singkat berkhidmat dalam sejarah sejak Merdeka.

Muhyiddin berkata beliau lebih rela mengorbankan kedudukannya sebagai perdana menteri demi mempertahankan prinsip tidak mahu bertolak ansur dengan penyelewengan dan kedaulatan undang-undang.

“Saya boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai perdana menteri. Tetapi itu bukan pilihan saya.

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen, petang ini.

Muhyiddin jadi perdana menteri pada 1 Mac 2020 susulan percaturan politik menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang menang pilihan raya umum Mei 2018.

Beliau jadi perdana menteri pada masa itu dengan dukungan Umno dan PAS, serta parti-parti dalam Barisan Nasional (BN), serta di Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin menyampaikan ucapannya kepada rakyat lebih kurang dua jam selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan peletakan jawatannya dan Jemaah Menteri. 

Katanya, beliau sudah sedia keabsahannya sebagai perdana menteri diuji di Parlimen, yang ditetapkan pada 7 September, tetapi 15 ahli parlimen Umno sudah menarik sokongan.

Cadangannya untuk kerjasama rentas parti, yang beliau umum pada petang Jumaat lepas, juga ditolak oleh pembangkang, tambahnya.

“Jelaslah saya telah kehilangan sokongan majoriti. Jadi, tidak perlulah lagi keabsahan saya sebagai perdana menteri ditentukan di Parlimen. 

“Maka, pada hari ini saya meletakkan jawatan saya sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata Muhyiddin.

Istana Negara dalam satu kenyataan beberapa minit sebelum Muhyiddin memberikan ucapannya berkata presiden Bersatu itu kini memegang jawatan “perdana menteri sementara” sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Habis ikhtiar

Muhyiddin, 74, juga berkata beliau sudah habis ikhtiar sampai ke saat akhir untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional, sekurang-kurangnya sehingga ia selesai menguruskan pandemik Covid-19, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi.

“Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat,” katanya.

Muhyiddin reda atas apa yang berlaku, yang diterimanya sebagai takdir Allah dan terakam sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan politiknya. Beliau menyertai politik sejak 1971.

Ahli Parlimen Pagoh juga menyifatkan ini bukan kali pertama beliau mengutamakan prinsip berbanding kedudukan politiknya, merujuk pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri pada 2016 kerana lantang mengkritik penyelewengan 1Malaysia Development Berhad melibatkan Najib Razak.

Muhyiddin mengaku beliau jadi perdana menteri pada waktu yang sukar, ketika negara berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi terkait penularan Covid-19 dan pada masa sama pentadbirannya digugat dari segi politik.

Selepas kes Covid-19 melonjak naik sejak Oktober 2020, Muhyiddin memilih untuk menguatkuasakan perintah darurat bagi membendung wabak.

Langkah itu tidak berkesan apabila kes baharu dan kematian terus bertambah dengan berlipat ganda, sehingga kini mencecah lebih 1.4 juta dengan lebih 12,500 kematian.

Awal hari ini, Muhyiddin mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri terakhir dan sebelum itu bertemu dengan pegawai pejabatnya dan pegawai kanan kerajaan. – 16 Ogos, 2021.



 JUSTERU JUSTERU

SEKARANG KITA

WAJIB SAILANG

KLUSTER MAHKAMH

TIM BANDUAN

DARI MENCIUM

DAN 

HAMPIR DENGAN

PUNCA KUASA

AMIN



6 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Apa punya degil le mat sabu dgn apek Lim,since pru14 udah 3x try bwk nama Anwar ke agong tp Tak lepas2.udah2 le tu,eistein kata kebodohan itu mengulang bnda yg sama dgn mengharap keptusan berbeza.anwar hanya akan bule jadi pm kalu pakat dgn kluster mhkamah,dgn atok dia Tak mau pakat pasei atok taknak calonkan dia. Kalu Anwar jadik pm jibon wak jahid terlepas itu satu kepastian.

capt salai berkata...

Tn tt kalau Ku Li jd Pm geng2 sg buluh tu agak agak lepas x?

Tanpa Nama berkata...

Masok kan ke sg buluh cepat2, aa la court ni lembab sgt,

Tanpa Nama berkata...

Bro tt, assmin camne takde ternow terkini ke? Dia senior minister jd pengerusi mesyuarat bila muhyiddin takde. Tak baiklah wat diam je. Senyap yg memekakkan.

Tanpa Nama berkata...

sampai lambat tu alasan je.. nak sokong albontuti.. mana slogan ko tt.. waktunya adalah sekarang masanya adalah ketika ini ? ha ?

cikminah berkata...

Muhyiddin patut sumbat Najib dan semua kluster mahkamah ke Sg.Buluh masa dia berkuasa. Sekarang Najib nak saman Muhyiddin sebab fitnahkan dia dgn tuduhan dia mendesak mintak Muhyiddin campor tangan dalam kesnya di mahkamah sedangkan dia suci murni, tak pernah buat salah. Semuanya salah Muhyuddin. Padanlah muka Muhyiddin sebab tak nak dengar nasihat Tun Madat dan percaya pada penyangak ni. KARMA, KARMA.....Aminnnnn