Rabu, 8 September 2021

APA MASAALH SABRI

 


WHAT THE FAQ

IS THE PROBLEM

AMIN

BILA KLIM ADA

114 UNDI 

BUKTIKAN DALAM PARLIMEN 

KHALAS

BUAT 

TAKUT TAKUT

RAKYAT TAK CAYA

KHALAS 



Parlimen tidak perlu tunduk pada Peguam Negara berhubung undi percaya, kata pakar

PEGUAM negara tidak memiliki kedudukan yang sah untuk memberitahu Parlimen agar tidak melakukan usul undi percaya bagi menguji sokongan majoriti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata seorang pakar perlembagaan hari ini.

Maha Balakrishnan, walaupun peguam negara adalah penasihat kabinet dan Yang di-Pertuan Agong, beliau bagaimanapun tidak boleh berbuat demikian terhadap Parlimen.

“Tidak ada kekuatan undang-undang untuk kenyataan peguam negara (untuk Ismail tidak perlu uji sokongan di Parlimen). Di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, peguam negara hanya penasihat undang-undang kabinet dan Agong.

“Perlembagaan tidak menyatakan beliau perlu menasihati Parlimen atau Parlimen perlu ikut nasihat beliau,” katanya pada forum dalam talian anjuran Bersih 2.0.

Adakah Agong berpendapat bahawa undi keyakinan yang diperlukan tidak relevan, katanya.

“Tidak ada peraturan untuk kuasa mutlak dalam demokrasi. Di Malaysia, semua institusi harus menggunakan kuasanya berdasarkan perlembagaan,” tambahnya.

Baru-baru ini, Peguam Negara Idrus Harun berkata Ismail tidak perlu menguji sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat kerana Agong sudah berpuas hati bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Parlimen

Susulan kenyataan peguam negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada Ismail beliau tidak perlu berdepan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk menguji keabsahannya.

Maha juga berkata walaupun Ismail sudah membuktikan beliau mempunyai sokongan 114 ahli Parlimen kepada Agong, beliau masih perlu mengekalkan sokongan majoriti sepanjang memegang jawatan berkenaan. 

“Beliau mesti mengekalkan keyakinannya sepanjang memegang jawtaan itu. Dewan Rakyat dapat menguji sokongan majoritinya bila-bila masa saja sepanjang beliau memegang jawatan. “

Ismail dilantik sebagai perdana emnteri ke sembilan pada 20 Ogos lalu selepas Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti. 

Beliau merupakan perdana menteri yang ketiga dilantik sejak pilihan raya umum 2018.– 8 September, 2021.


INI MACAM ADA

PROJEK NAK

MENIPU 

KAH KAH KAH

SAMA MACAM KES

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

AKHIRNYA 

LUNGKUP

AMIN



Tiada ulasan: