Jumaat, 3 September 2021

BACA DAN FAHAM



 SEKALI BACA

 SPRM MEMANG

HEBAT

AMIN

KES 5 RIBU

PUN TANGKAP

AMIN



SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terlibat rasuah RM5,000 

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai sebuah agensi kerajaan kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan hari ini.

Sumber SPRM memberitahu perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek lelaki berusia 44 tahun sejak 2017 hingga tahun lepas sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat.

Katanya suspek ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman. – Bernama, 2 September, 2021.

 

TAPI JADI

PELIK KES

TENGKU FRAUD

JUTA JUTA

BEBAS

AMIN



2 ulasan:

ToraTora berkata...

Sportrim ni cuma balaci daulah....

Tanpa Nama berkata...

SPRM ini orang panggil sports rim, tak ada fungsi, bagi nampak.tayar lawa sikit, ada pun sama tak ada pun sama, sekali sekala keluar TV buat wayang kiri kanan settle bawah bawah buat kerja lah kah kah kah yang kes besar besar kena runding dulu, apa macam nak proceed kah nak settle belakang tirai kah, atau wayang cantik kah, aparcik Kera ini macam tu lah, sapa cium tangan sapa bantu sapa buat kerja dapat habuan kah kah ini bukan public servant, ini panggil political servant, tukang kerja politik kah kah kah, ramai pangkat besar hampeh kosong Elek tak guna saja habis beras negara, biar mereka jadi nelayan petani pesawah boleh juga bantu kurang permintaan Bangla Indon kah kah kah 1.6 juta boleh serap kerja kontrak binaan, buat jalan buat longkang buat hospital kerja buruh kah kah lari orang kita kena peluh kah kah