Sabtu, 2 Oktober 2021

PAKATAN BUAT BUAT TAK FAHAM - TIM BANDUAN

Kenapa tarik balik kes Ahmad Maslan, tanya Pakatan kepada peguam negara

PAKATAN Harapan (PH) mahu Peguam Negara Idris Harun menjelaskan keputusan pihaknya menarik balik pendakwaan jenayah melibatkan beberapa orang kenamaan dan penyokong parti pemerintah.

Majlis Presiden PH merujuk keputusan pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan menerima wang haram terhadap Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan minggu ini, diganti dengan kompaun RM1.1 juta.
Trend itu membimbangkan, kata Majlis Presiden PH apabila mereka dilepas atau dibebaskan daripada pertuduhan hanya dengan memulangkan wang yang didakwa diterima secara haram atau dikenakan kompaun.

“Kami menggesa peguam negara untuk beri penjelasan memandangkan keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseorang itu terletak di tangan Peguam Negara,” kata empat pemimpin parti komponen PH dalam satu kenyataan.


Kenyataan dikeluarkan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Madius Tangau.

Mereka meminta penjelasan sama ada langkah seperti ini akan jadi amalan atau SOP baharu Jabatan Peguam Negara terutama melibatkan kes yang mempunyai kepentingan umum.

“Adakah SOP kini membolehkan seseorang boleh didakwa mencuri wang untuk dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada “barang kes” tersebut?” tanya mereka.

Mereka juga kesal dengan sikap sambil lewa agensi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan trend ini.

“Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?” tanya mereka.

Ahmad dituduh gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang beliau terima daripada Najib Razak, yang dipercayai hasil aktiviti menyalahi undang-undang. Beliau juga didakwa memberi pernyataan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Dalam satu penjelasan, SPRM berkata tindakan kompaun terhadap Ahmad adalah satu bentuk hukuman iaitu pemulangan aset di bawah Amla.

Peguam Ahmad juga menegaskan tindakan kompaun itu juga tidak menjejaskan kelayakan anak guamnya untuk jadi calon pilihan raya, dan ia dijamin Suruhanjaya Pilihan Raya. – 2 Oktober, 2021.\


WOIT

JANGAN BUAT2

TAK FAHAM 

AMIN

JANGAN BUAT2

 MANJA KIUT

KAH KAH KAH

TANYA TANYA

MACAM TAK TAHU

KAH KAH KAH

INILAH 

SEORANG AHLI 

TIM BANDUAN

YANG ANWAR

IBRAHIM NAK BUAT

KERJA SAMA

KAH KAH KAH

INI AWAL WAHID

ORANG PERTAMA

KAH KAH KAH

LEPAS NI ZAHID

LEPAS TU NAJIB

KAH KAH KAH

SABU & GUAN ENG

JANGAN JADI BODOH

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak puak ini mana boleh percaya, kah kah kah semua tahu semua sedar tapi buat buat wayang macam orang bodoh sakan, sampai curi pun kata derma, rasuah pun kata politik wang, tambah ayat sedap saja, kah kah kah mana satu manusia politik ini cakap benar terus ikhlas, dok main ayat ayat simbolik canggih semberono bagi menipu rakyat, tambah ayat ayat Arab sikit bagi tambah cita rasa Arab nasi Arab kah kah kah semuanya cover cover penipuan licik demi jawatan pangkat imbuhan projek kroni kalau lah kata Maha tak tahu letak jawatan ditikam Mahiaddin itu lah lawak paling cool abad ini, kah kah yang mengatur drama sketsa semua ini atas kehendak dia kah kah syukur majoriti masih mudah lupa dan tak sampai pointer 3.8 kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kenapa kes guan eng ditarik bailik.. ph tak tanya penguam negara.. semua horray je masa tu ? kenapa ?

tarik balik tarik balik ni kerja biasa ..jadi kerajaan .. dia lepas...
madey je setakat ni tak pernah kena... pelik.

power betul madey...

kah kah kah