Sabtu, 2 Oktober 2021

NGO TAK FAHAM

 


TI-M desak peguam negara jelaskan kenapa Ahmad Maslan dibebaskan

PEGUAM negara perlu beri penjelasan rasional di sebalik pembebasan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang sedang dibicarakan dalam kes rasuah, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

“Walaupun di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) 2001, pihak berkuasa dengan kebenaran timbalan pendakwa raya boleh menawarkan kompaun.

“Tetapi pilihan berbuat demikian pada peringkat ini, di tengah-tengah banyak kes rasuah berprofil tinggi ‘diselesaikan’ mencetuskan kemarahan orang awam.

“Peguam negara perlu jelaskan rasional tindakan yang diambil berkaitan perkara ini.”

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan ahli Parlimen Pontian itu minggu ini selepas membayar kompaun RM1.1 juta untuk menyelesaikan pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan RM2 juta dan tuduhan membuat kenyataan palsu berkaitan perkara itu.

TI-M dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran kompaun yang ditawarkan ketika perbicaraan sedang berjalan itu amat mengejutkan masyarakat umum.

Badan pemantau anti rasuah itu berkata perbincaraan berkenaan yang diadakan susulan Ahmad pada awalnya enggan membayar kompaun berkenaan, menyebabkan pembaziran wang pembayar cukai.

“Jumlah kompaun dikenakan terhadapnya itu boleh dianggap sebagai kecil, dan memberi mesej salah kepada rakyat.”

Bagaimanapun, TI-M bersetuju dengan desakan Ahmad supaya rang undang-undang (RUU) pembiayaan politik dipercepatkan, kerana sumbangan politik di Malaysia pada masa ini tidak dikawal.

Ia berkata RUU itu perlu disertakan dengan garis panduan ketat berkenaan sumber dana, dan perlu ada deklarasi mandatori.

“Persepsi terhadap urus niaga tanah, lompat parti, pemberian kontrak, sumbangan yang diragui dan wakil dalam perniagaan sudah lama menjadi wabak dalam arena politik dan terus menjejaskan markah Malaysia dalam Indeks Perseksi Rasuah tahunan.” – 2 Oktober, 2021.


NGO INI

TAK FAHAM

AMIN

MALAYSIA 

NEGARA ISLAM

AMIN

BUKAN NEGARA

KAPIR

AMIN

JANGAN SAMAKAN

MALAYSIA DENGAN

SWEDEN UK

ATAU GERMAN

AMIN

KAPIR UNDANG2

KEADILAN DILAKUAN

ATAS DUNIA INI

AMIN

NEGARA ISLAM

 KEADILAN DIBUAT

LEPAS MATI

KAH KAH KAH

KES BUNUH

TAK JADI KES 

BUNUH

KAH KAH KAH

KES RASUAH

BOLEH ILANG FAIL

KAH KAH KAH

KES ANAK MENTERI

BUNUH DALM

RESTORAN

PELAYAN RESTORAN

MASUK PENJARA 

 BUKAN 

ANAK MENTERI 

DIDAKWA

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: