Sabtu, 2 Oktober 2021

MUSUH BERGADUH - WAJIB SIMBAH MINYAK

 



Tiada gunanya Bersatu bincang kerusi dengan Umno, kata penganalisis

BERSATU lebih selesa bekerjasama dengan PAS berbanding Umno kerana parti Islam itu kurang bermasalah kepada Perikatan Nasional (PN), kata pemerhati ketika Umno dilihat mahu bergerak secara solo.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight ada petanda jelas kesepakatan itu akan berakhir selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media parti Melayu itu akan bertanding semua kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah program Iman Research Badrul Hisham Ismail berpendapat tidak ada gunanya PN, terutamanya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi PN cuba berunding dengan Umno berikutan kenyataan Zahid itu.

“Zahid sudah jelaskan Umno akan bertanding semua kerusi, terutamanya kerusi yang Umno menang tetapi kemudian pergi ke Bersatu kerana ada pembelotan. Tidak ada gunanya Muhyiddin cuba berbincang dengan Umno.

“Tetapi, saya masih fikir rundingan (antara Umno dan PN) mungkin berlaku selepas pilihan raya. Itu boleh berlaku, tetapi setakat sekarang, Umno akan bergerak sendiri,” kata Badrul.

Sementara itu, pemerhati bebas Sayuti Omar berkata Umno yakin menghadapi pilihan raya akan datang dengan sendiri di bawah Barisan Nasional (BN).

Pada masa sama, katanya Muhyiddin juga cuba membuktikan PN mampu bertahan tanpa Umno dalam PRU15.

“Umno tahu mereka boleh bergerak sendiri dalam pilihan raya, dan Muhyiddin cuba tunjuk yang beliau tidak perlukan Umno untuk menang.

“Dengan adanya PAS adalah lebih baik bagi PN. Bersatu cuma perlu bagi kerusi di pantai timur kepada PAS. Namun, jika mahu bekerjasama dengan Umno, Bersatu perlu lepaskan lebih banyak kerusi,” katanya.

Pada Khamis, Muhyiddin berkata PN akan mula bincang kerusi untuk pilihan raya umum pada minggu depan, melibatkan anggota PN iaitu Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (Sapp).

Muhyiddin berkata PN tidak berminat dengan rancangan parti lain, termasuk Umno, dalam pilihan raya akan datang.

Sayuti yang merupakan pengarang, berkata Muhyiddin tidak takut hilang sokongan Umno.

“Bukannya beliau akan digulingkan jika tidak dapatkan Umno. Beliau tak perlukan mereka lagi. PAS beri beliau peluang yang lebih baik dan inilah masanya untuk ‘jual mahal’.”

Hubungan Umno dengan Bersatu tidak berapa baik sejak pembentukan PN pada 2020.

Penarikan sokongan Umno terhadap Muhyiddin mendorong pengunduran dirinya, yang kemudiannya digantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.
.
Bersatu-PAS lebih popular

Sementara itu, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata PAS ada platform yang lebih baik berbanding Umno untuk tolong PN, terutamanya Bersatu dalam pilihan raya.

Tambahnya Bersatu tidak mahu buang masa berunding dengan Umno kerana Muhyiddin bukan lagi perdana menteri.

“Mungkin jika Muhyiddin jadi perdana menteri, beliau mungkin perlukan Umno untuk perkuat kerajaan campuran. Memandangkan beliau sudah bukan perdana menteri, beliau mahu mengatur strateginya lebih awal.

“PAS dapat tolong Bersatu kembangkan sayapnya dan PAS akan dapat lebih banyak faedah dalam PN. Dalam kajian saya, saya dapati orang Melayu lebih memilih Bersatu dan PAS berbanding Bersatu dan Umno,” katanya.

Ketiga-tiga penganalisis juga berkata kerjasama Umno dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sudah berakhir.

Pada Khamis, Zahid secara sinis memberi gambaran kerjasama antara Umno dan PAS sudah berakhir.

Ketika ditanya wartawan bagaimana nasib Muafakat Nasional dalam PRU depan, Zahid berkata: “Saya nak tanya, ada ke Muafakat Nasional ini lagi?”

Sejak menandatangani perjanjian Muafakat Nasional pada 14 September 2019, kerjasama politik antara kedua parti itu terhenti apabila PAS lebih cenderung dengan PN dan Bersatu.

Presiden Umno itu berkata lebih baik parti itu bertanding secara solo di bawah BN dalam PRU15.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi menggelas PAS sebagai pentingkan diri kerana mahu Umno terus berada dalam PN walaupun tahu mengenai hubungan keruh antara Bersatu dan Umno.

“Mereka pentingkan diri sebab mahukan sokongan Umno dan Bersatu,” katanya.

“Lebih baik tiada MN. Memang dapat difahami mengapa Bersatu ketepikan Umno bila runding kerusi,” tambahnya. – 2 Oktober, 2021.



INI BAIK

AMAT BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

MUSUH PAKATAN

SEDANG GADUH

KAH KAH KAH

TABUR LAGI MINYAK

BAKAR LAGI

AMIN

BILA MUSUH 

BERGADUH REBUT

KERUSI  INI

PETANDA BAIK

KHALAS

Tiada ulasan: