Rabu, 3 November 2021

KEHIDUPAN MAKIN MENDESAK

 



Harga barangan harian sedang menaik, kata industri

HARGA bahan mentah yang lebih tinggi dan kekurangan tenaga buruh menyebabkan kenaikan kos barangan harian, kata ketua industri, dan rakyat Malaysia akan membayar lebih untuk barangan keperluan harian.

Kos pengangkutan yang lebih tinggi juga menambah masalah, malah sarapan pagi roti bakar, minuman dan telur juga berlaku kenaikan harga antara 5% dan 20%, berdasarkan tinjauan rawak oleh The Malaysian Insight di beberapa kedai kopi.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura Wong Teu Hoon berkata ini kerana harga bahan seperti susu pekat, telur, roti dan gula meningkat.

“Harga bahan mentah meningkat dalam setiap sektor. Tetapi bagi kedai kopi, keputusan untuk menaikkan harga didorong terutamanya kerana kekurangan tenaga buruh,” kata Wong kepada The Malaysian Insight.

“Walaupun ekonomi semakin pulih, sukar untuk cari pekerja. Malah kos pengambilan pekerja asing sudah meningkat.

“Dulu gaji pekerja asing RM1,200 sebulan, kini antara RM1,500 hingga RM1,600. Bayaran untuk agensi juga telah meningkat daripada RM6,000 kepada RM9,000.”

Tambahnya pembekuan pengambilan pekerja asing memburukkan keadaan. Terbaharu, kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing tetapi dengan mengutamakan sektor perladangan.

Pembekuan pekerja asing bermula Mac tahun lalu apabila Malaysia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19. Ia pada mulanya dilanjutkan sehingga akhir tahun namun Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan kerajaan akan menyambung semula pengambilan pekerja asing, dengan pengkhususan untuk sektor ladang kelapa sawit.

“Memandangkan sesetengah perniagaan tidak boleh ambil lebih ramai pekerja, mereka kurangkan output perniagaan mereka,” kata Wong.

Laporan juga menunjukkan harga makanan dalam tin dan bir meningkat 5%.

Selain makanan, harga servis dan alat ganti kereta juga naik selepas larangan rentas negeri ditarik balik.

Harga tayar naik tiga kali ganda tahun ini dengan peningkatan 15% hingga 20%.

Presiden Persatuan Peniaga Tayar Malaysia Goh Soo Chay berkata harga akan terus meningkat sehingga pertengahan tahun depan, sebelum stabil.

“Sekarang kita alami permulaan kenaikan harga,” katanya.

Harga naik disebabkan kekurangan pekerja, kos bahan mentah, caj pengangkutan serta masalah kewangan, katanya.

“Walaupun perniagaan meningkat sedikit, ia masih tidak sesuai. Industri perlu naikkan harga untuk hadapi inflasi.

“Sesetengah syarikat mungkin tidak beli inventori mereka sebelum kenaikan harga, kini mereka terpaksa berbelanja lebih untuk beli barangan yang sama.

“Mereka juga dapati sukar untuk dapatkan kredit kerana sekatan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan apabila mereka ingin membeli inventori baharu,” kata Goh.

Tambahnya, tayar untuk kenderaan berat seperti lori dan trak diimport. Kereta menggunakan tayar sumber tempatan.

Kedua-dua pengimport dan pembuat tayar tempatan telah menaikkan harga tayar berikutan kos bahan mentah yang lebih tinggi, katanya.

Ia akan sama dengan harga perumahan juga, kata presiden Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA) Chan Ai Cheng, kerana terdapat lonjakan harga keluli yang akan meningkatkan kos pembinaan.

“Syukurlah, tiada kenaikan harga rumah serta-merta, tetapi kami berada dalam keadaan yang sukar.

“Kami berada dalam keadaan yang sukar. Walaupun kenaikan kos bahan akan membawa kepada kenaikan harga hartanah, kadar pengangguran semasa pandemik boleh menyebabkan ramai orang jual hartanah sedia ada pada harga di bawah harga pasaran.

“Penetapan harga akan sentiasa menjadi masalah tawaran dan permintaan. Di kawasan tertentu, sama ada ketika zaman baik atau susah, harga stabil malah meningkat.

“Tetapi di lokasi yang kurang menarik atau yang tidak sepadan harganya dengan lokasi. Malah pada zaman bagus, harga akan disesuaikan.”

Harga pakaian juga dijangka meningkat sebanyak 5% hingga 10%, kata Presiden Persatuan Pemborong Pakaian Malaysia Ang Say Tee.

Ini akan bertahan sehingga tahun depan dan disebabkan oleh kos pengangkutan dan harga bahan mentah, dengan kapas dan pewarna, komponen utama yang menyaksikan kenaikan harga terbesar.

Ang, yang juga pengerusi Persatuan Pengimport dan Pengeksport Borong Fesyen Malaysia berkata peningkatan dari segi runcit itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan permintaan pasaran selagi ekonomi berada di landasan pemulihan.

“Dan selagi orang terus ‘berbelanja sewenangnya’ selepas tidak dibenarkan keluar untuk tempoh masa yang lama kerana sekatan Covid-19.” – 3 November, 2021.


HARGA BAHAN

MAKANAN TERUS

NAIK

AMIN

MAKIN MAHAL

AMIN

PENDAPATAN

DITANGGA SAMA

AMIN

NILAI RINGGIT

MAKIN KURANG

AMIN

NAJIB ROSMAH

KU NAN TAJUDIN

TERUS MEROMPAK

AMIN

YANG KAYA LARI

DARI CUKAI

AMIN

MASANYA TELAH

SAMPAI UNTUK

ORANG MISKIN

BANGUN MELAWAN

KHALAS

Tiada ulasan: