Rabu, 3 November 2021

SYABAS ! PEMIMPIN MUDA

 




Tolak pengkhianat, fokus bina 'United Opposition', kata Syed Saddiq kepada PH

PAKATAN Harapan (PH) perlu menolak bekerjasama dengan ahli politik yang melompat parti, sebaliknya memberi fokus kepada United Opposition (pembangkang yang bersatu), kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata adalah tragik melihat PH berunding untuk bekerjasama dengan katak politik dan bukan sekutunya dalam pembangkang.

“PH yang erat bekerja bersama saya dilihat cenderung untuk berunding dengan mereka yang tidak berprinsip, melompat keluar dari parti berbanding rakan dan sahabat seperjuangan, termasuk saya sendiri.

“Malangnya, mereka lebih nampak nilai yang ada pada katak politik yang tidak ada prinsip,” katanya dalam surat terbuka kepada ahli Parlimen PH.

Pada Sabtu, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata PH telah hampir memuktamadkan keputusan sama ada untuk menerima Idris Haron dan Nor Azman Hassan, dua bekas Adun daripada Umno yang memainkan peranan menjatuhkan kerajaan negeri Melaka bulan lepas.

Kedua-dua mereka bersama Noor Effandi Ahmad dan dan Norhizam Hassan Baktee, menarik sokongan terhadap Menteri Besar Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran DUN.

Rakyat Melaka akan keluar mengundi pada 20 November, manakala pencalonan pada 8 November.

Pengasas Muda itu juga menekankan empat sebab utama PH mesti menolak individu-individu ini, antaranya kerana mereka adalah pengkhianat.

“Saat mereka mengkhianati mandat rakyat, dan memilih kuasa berbanding rakyat, mereka akan buat lagi dan lagi,” kata Syed Saddiq menambah bahawa rakyat berhak mendapat yang lebih elok.

Bekerjasama dengan pelompat parti, katanya, akan mengheret PH ke tahap yang sama seperti yang mereka cuba lawan.

“Bagaimana untuk kita angkat dan bawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti apabila kita sendiri bergelumang dalam kesalahan yang sama?

“Saya sesungguhnya percaya bahawa blok Pembangkang adalah jauh lebih gah berbanding bayang-bayang 4 Pengkhianat.”

Syed Saddiq berkata empat orang yang menarik sokongan mereka kepada PH selepas pilihan raya umum 2018, berbuat demikian untuk tujuan tertentu.

“Idris Haron melompat dari Umno ke PH hanya kerana mahu dicalonkan sebagai calon ketua menteri Melaka.

“Dia tidak secara tiba-tiba percaya bahawa Umno adalah ancaman kepada rakyat Melaka, ataupun dia melompat kerana sudah lama menjadi pengkritik Umno - yang mana jelas dia bukan.

“Jadi, apa yang membuatkan sesiapa pun berfikir bahawa selepas segala yang berlaku ini, akan ada sekelumit rasa taat setia dan kredibiliti dari 4 Pengkhianat ini?” soalnya.

Selepas PRU14, Norhizam yang merupakan Adun DAP Pengkalan Baru, dan Adun PKR Rembia Muhammad Jailani Khamis berpaling tadah menyebabkan kerajaan negeri PH tumbang.

Tambah Syed Saddiq, jika mereka sanggup menumbangkan kerajaan negeri dua kali, mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukannya buat kali ketiga. – 3 November, 2021.

\

SYABAS!

BERANI BERSUARA

AMIN

TAPI INI BELUM 

CUKUP JUJUR

 BELUM

 CUKUP LUAS

AMIN

BUAT KAJIAN

JUJUR BAGAIMANA

 KERAJAAN

PAKATAN RUNTUH

AMIN 

 PERANAN GELOJOH

TAK SABAR

 ANWAR IBRAHIM

GILA NAK JADI PM

AMIN

JUGA TERANGKAN

PADA GENERASI

MUDA SIAPA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

ANWAR KAKI PUTAR

PAKAI TOPENG ISLAM

UNTUK TIPU

RAKYAT MALAYSIA

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sadiq-boy masih jambul jagung, patut belajar dengan Isham. Bahaya yang mengancam Pakatan Harapan bukan pengkhianat, tapi pemimpin yang nak parti sokong pengkhianat. Kalau pemimpin tak jemput, mana ada pengkhianat.

Unknown berkata...

kalau jumpa ular ngan mader, ketuk kepala tt dulu. temberang xabis abis

Tanpa Nama berkata...

Semua yang dah tua umur 60 Kasi Pencen terus, jangan bagi masuk jangan undi mereka bagi mereka masuk zone pencen, perosak negara perosak ekonomi perosak moral perosak kecurian perompak semua hasil terlalu lama Dan berkuasa, buang semua sekali, pilih first timer, kurang kurang mereka baru belajar mencuri, sebelum pandai mencuri buang lagi kah kah kah jangan bagi perompak pencuri anak beranak dalam kuasa, agama isle semua karut marut alasan mahu curik curik Malaysiaku, tak ada lag nak jaga rakyat nak jaga orang, pundek ini semua mahu sapu curik rompak projek saja kah kah kah selamatkan negara wahai orang muda

Arymanchino berkata...

Tak usah percayalah pd budak Saddig ni.Dia cakap berdegar2 tp dia pon lompat pagar.Org baru acah sikit dah Ya Ampoon dan terus lompat pagar selamatkan diri.Bila kena dakwa terus minta sedekah dgn org ramai buat muka sedih kata RM50 pun ok.Haramjadah selama ni jadi menteri dgn gaji puluhan ribu,mane pegi duit tu.Minta sedekah lg.Rakyat cukup2 lah jgn asik kena tipu dgn org politik pukimak ni..

Jungle man berkata...

Pemimpin dap masih byk yg rasis sebab itu kita masih belum berjaya