Rabu, 3 November 2021

MAT SABU CAKP BETUL

 



Ismail Sabri kena tunjuk kuasa, jangan jadi tebusan, kata Mat Sabu

PERDANA MENTERI Ismail Sabri Yaakob perlu berani menggunakan kuasa dengan betul dan tidak membiarkan dirinya dijadikan tebusan oleh pihak tertentu, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, Ismail Sabri juga tidak perlu khuatir dengan kedudukannya memandangkan beliau akan kekal menjadi perdana menteri hingga habis penggal.

“Perdana menteri ini tak jatuh hingga pilihan raya umum, kena beranilah, jangan jadi tebusan dikawal orang tertentu. Ini hal Melaka sampai sekarang tak buat kenyataan.

“Perdana menteri kena tunjuk kuasa, bukan kuasa diktator tapi kuasa kendalikan kerajaan ini, jangan ada ugutan daripada mana-mana pihak. 

“Sebab itu buat perjanjian persefahaman, supaya boleh kekal sampai pilihan raya umum, tapi kita lihat dia tak berani,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan ucapan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Presiden Amanah itu berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara Ismai Sabri dengan pembangkang Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu seharusnya menjadi kekuatan kepada perdana menteri untuk bertindak lebih tegas. 

“Perdana menteri ini dilantik hari ini, kemudian ada MoU, maknanya perdana menteri tidkak mungkin jatuh sampai pilihan raya umum akan datang.

“Perdana menteri perlu berani untuk melakukan sesuatu perkara kerana beliau takkan diusik, jangan takut nak sentuh satu-satu perkara,” kata Mohamad.

Antara lain, Mohamad turut membangkitkan Ismail Sabri harus memberikan penjelasan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Satu menteri kata ini, menteri lain kata itu. Kita jumpa perdana menteri beliau kata boleh ceramah politik.

“Tetapi apabila rakan kita dari[ada PKR beri ceramah atas trak, mereka didenda RM10,000. Perdana menteri kena berani tadbir kerajaan,” kata bekas menteri pertahanan itu.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perincian larangan perhimpunan sosial berkaitan PRN Melaka, selepas parti itu dikompaun RM10,000.

Sedangkan katanya, PKR menggunakan pendekatan ceramah secara mobil dengan lori dan alat siar raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditanya di Parlimen berkenaan SOP PRN Melaka juga tidak memberikan butiran lanjut.

“Ia akan dimaklumkan nanti,” katanya di Dewan Rakyat.

PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November depan, dengan 8 November adalah hari penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tempoh berkempen selama 12 hari. – 3 November, 2021. 

MAT SABU

CAKAP BENAR

AMIN

PEMIMPIN JANGAN

KENA IKAT

AMIN

JANGAN JADI

TEBUSAN

AMIN

MAT SABU 

GUAN ENG JUGA

WAJIB AMAL 

PENDIRIAN   SAMA

AMIN

JANGAN JADI

ORANG TEBUSAN

ANWAR IBRAHIM

AMIN

SABRI DIIKAT

OLEH MUHYIDIN

AMIN

BANG MAT

GUAN ENG

JANGAN BERI 

PELUANG DIIKAT

OLEH JANJI 

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

Tiada ulasan: