Ahad, 21 November 2021

PEMIMPIN CONTOH

 




Pengerusi DAP Melaka letak jawatan

PENGERUSI DAP Melaka Tey Kok Kiew meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab atas kegagalan partinya mempertahankan lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, lapor Sin Chew.

DAP menang hanya empat daripada lapan kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri Melaka semalam.

Tey sendiri kalah di kawasan Bemban, sementara timbalan pengerusi DAP negeri merangkap ketua pemuda negeri G Saminathan kalah di Gadek. Setiausaha DAP negeri Damien Yeo pula kalah di Duyong.

DAP juga kalah di Pengkalan Batu, dengan calon mudanya Muhammad Danish kalah tipis 131 undi kepada calon Barisan Nasional Kalsom Nordin.

Pengkalan Batu sebelum ini diwakili calon bebas Norhizam Hassan Baktee yang menang atas tiket DAP semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi keluar parti untuk menjatuhkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020.

Empat kerusi yang dimenangi DAP ialah Kesidang, Ayer Keroh, Kota Laksamana, dan Bandar Hilir. 

Empat kerusi DAP adalah antara lima yang dimenangi oleh PH, dengan satu lagi dimenangi oleh Amanah melalui bekas ketua menteri Adly Zahari di Bukit Katil. 

PKR yang bertanding 11 kerusi, paling banyak bagi PH, gagal menang satu kerusi pun.

Tey juga antara empat ketua parti negeri yang kalah pilihan raya negeri Melaka semalam. 

Tiga lagi ialah ketua-ketua parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Mohd Rafiq Naizamohideen (Bersatu), Michael Gan Peng Nam (Gerakan) dan pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sedik.

PN menang dua kerusi, kedua-duanya melalui Bersatu di Bemban dan Sungai Udang.

Dalam pilihan raya semalam, BN kembali membentuk kerajaan di Melaka apabila menang besar 21 daripada 28 kerusi.– 21 November, 2021.

INI PEMIMPIN

WAJIB DICONTOHI

AMIN

GAGAL BUAT

KERJA

AMIN

LETAK JAWATAN

KHALAS

BUKAN BILA

KALAH 

SALAHKAN

PENGUNDI

TAK KELUAR

KAH KAH KAH

SALAHKAN

MAT KOBID

KAH KAH KAH

SALAHKAN

SOP

KAH KAH KAH


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekupang pun Cina ini ada maruah lah, tabik sama dia Bro, yang banyak banyak menyemak semua tak sedar diri, muafakat lah, perikatan lah, pakatan lah, semua hancur belaka kah kah kah, rakyat dapat lihat alami pengalaman dua tahun bawah pakatan, fail fail janji macam macam tapi tak layak perintah pun, curi tetap curi, tapi Bossku curi ada juga bagi bagi kepada kroni anak buah kaum kerabat, sistem sama dipakai Tun dulu, hulur hulur projek kepada kroni, masa nak Raya minta kroni keluar duit bagi bagi supaya menang menang kah kah strategi lama, Telus ikhlas tadbir urus semua karut marut semua nak buat duit, semua nak untung kah kah sistem kapitalis en block kah kah semua sama saja, tak ada beza curi banyak atau curi kedarah kah syukur amin tak apa apa asal orang Kita makmur dengan kudrat orang lain amin

capt salai berkata...

Ini baru anak jantan..bukan jantan jubo anak jantan..