Ahad, 21 November 2021

PAKAI TAKTIK LAMA

 


BN perlu berhati-hati putuskan bila PRU15, kata timbalan presiden Umno

TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kepimpinan BN perlu membuat keputusan dengan berhati-hati bila parti itu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana masa adalah faktor terpenting.

“Barisan Nasional perlu melakukan analisis faedah kos mengenai perkara ini dan menghasilkan strategi yang betul. Bagi saya, politik adalah mengenai pemasaran dan pembuatan serta memastikan orang ramai gembira.

“Cuma jangan buat janji yang anda tidak boleh tunaikan,” katanya dipetik laporan dalam talian The Star Online hari ini.

Ulasan beliau mengenai perkara itu dibuat selepas beberapa penganalisis politik mencadangkan BN harus memanfaatkan momentum kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan melaksanakan pilihan raya umum secepat mungkin.

BN menang dengan majoriti dua pertiga daripada 28 kerusi yang dipertandingkan selepas memenangi 21 kerusi manakala Pakatan Harapan lima.

Perikatan Nasional yang membuat penampilan sulung di negeri itu memenangi dua kerusi.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata kepimpinan perlu mengambil kira keadaan banjir di beberapa bahagian negara dan pandemik Covid-19.

“Mana-mana kerajaan harus mempunyai majoriti yang kukuh supaya ia tidak akan diancam sesiapa. Kita tidak boleh mempunyai situasi di mana perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin apabila dia bangun pada waktu pagi adalah untuk melihat berapa banyak kerusi (ahli Parlimen) itu masih menyokongnya,” Mohamad dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Mengenai perkara lain, beliau berkata Umno akan meneruskan kerjasama dengan PAS di bawah Muafakat Nasional dan tidak pernah menghentam parti itu.

Beliau berkata PAS memilih untuk bertanding di Melaka di bawah Perikatan Nasional.

“Ia adalah di luar kawalan kita bahawa PAS telah membuat keputusan untuk bertanding di Melaka di bawah logo Perikatan. Jadi terpulang kepada PAS untuk memutuskan apa yang mereka mahu,” katanya dipetik The Star Online hari ini selepas menghadiri satu majlis di Seremban.

Parti Islam itu kehilangan semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri Melaka semalam  selepas bertanding atas tiket Perikatan Nasional. – 


GEROMBOLAN

AKAN PAKAI

TAKTIK LAMA

KHALAS

BUAT BULAN

MARCH

AMIN

INI LEPAS HARI

RAYA CHINA 

BULAN DUA

AMIN

KAH KAH KAH

PENGUNDI CHINA 

DARI SELURUH

RANTAU TAKAN

PULANG DUA KALI

HANYA UNTUK

MENGUNDI

AMIN

BULAN APRIL

RAYA MELAYU

SEMUA BERES

KHALAS

Tiada ulasan: