Isnin, 27 Disember 2021

BERNAMA BERI INGATAN PADA ORANG RAMAI

 



Rasuah: 4 pegawai kastam dipenjara 24 bulan

MAHKAMAH Sesyen di Alor Setar hari ini menjatuhi hukuman penjara 24 bulan ke atas empat pegawai kastam yang didapati bersalah menerima rasuah RM22,000 daripada seorang peniaga kedai runcit pada 2019.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Kamaruzaman Hashim, 43, Mohamad Fadzil Voon Fandi Voon, 37, Saiful Azhar Ismail, 37, dan Muhamad Izrul Ismail, 32, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Harmi Thamri berkata hukuman itu mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi tertuduh selain bertujuan memberi pengajaran kepada mereka dan semua anggota kastam serta penjawat awam.

Kesemua tertuduh didakwa dengan niat bersama menerima RM22,000 daripada Md Radzi Puteh yang didapati menyimpan rokok dan mercun yang belum lulus pemeriksaan kastam di Kampung Namek Tua, Sik pada kira-kira 6.30 petang 21 Mei 2019 mengikut Seksyen 137(1)(b) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Kamaruzaman, yang juga tertuduh pertama, turut dijatuhi hukuman penjara 24 bulan kerana menerima rasuah RM3,000 daripada menantu peniaga itu sebagai ganjaran tidak menangkap atau mengambil tindakan terhadap Md Radzi kerana menyimpan rokok dan mercun belum lulus pemeriksaan kastam, pada 6.49 petang hari yang sama.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Kamaruzaman menjalani kedua-dua hukuman secara serentak.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pertama kononnya setelah berbincang dengan ‘ampoma’ (informer atau pemberi maklumat) bersetuju kadar penyelesaian bagi melepaskan Md Radzi daripada direman dan ditangkap ialah sebanyak RM25,000.

Md Radzi kemudian menyerahkan wang sebanyak RM22,000 yang dimasukkan ke dalam satu plastik biru kepada Kamaruzaman manakala bakinya diberikan oleh menantu lelaki peniaga itu kepada tertuduh pertama melalui transaksi secara dalam talian.

Harmi Thamri bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap kesemua tertuduh sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selepas membenarkan permohonan peguam Rosman Azwan Osman yang mewakili mereka. 

“Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman ini dengan jaminan sedia ada (RM2,000) ditambah (lagi) RM10,000 setiap seorang (tertuduh) dengan seorang penjamin dan kesemua tertuduh perlu melaporkan diri di Jabatan Kastam di alamat terdekat dengan alamat tertuduh dalam minggu pertama setiap bulan,” kata hakim itu.

Rosman Azwan kemudian memohon penangguhan bagi bayaran wang jaminan kepada mahkamah atas alasan urusan pengeluaran tidak dapat dilakukan hari ini kerana bank tidak beroperasi namun ditolak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia Khairul Nizam Abu Bakar. – Bernama, 26 Disember, 2021.


BERITA INI

DARI BERNAMA

AJENSI BERITA

RESMI KERAJAAN

AMIN

APA MAKNA

BERITA INI?

AMIN

MAHU BERI

INGATAN PADA

MEREKA YANG

TERIMAT  RASUAH

AMIN

MAKNANYA 

MAHKAMAH

DI MALAYSIA ADIL

DAN SAKSAMA

AMIN

KALAU RASUAH

22,000 RINGGIT

KENA PENJARA

DUA TAHUN

MAKA MUSTAHIL

 ROSMAH

YANG RASUAH

BERJUTA RINGGIT

AKAN BEBAS

DARI PENJARA

AMIN

NAJIB YANG CURI

BERBILION RINGGIT

KALAU BEBAS

ADA SESUATU YANG

TAK KENA

AMIN 

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes rasuah badak 187.5 juta. Kita bahagi 22,000 Dan kemudian, darab 2 tahun = 17,045 tahun penjara. X apa, Kita beri ruangan. Katalah seorang insan bole hidup sehingga 85 tahun, bahagi Kan 17,045 dgn 85 tahun, Kita dapat 200. Makna nya, keturunan badak ni kena menetap Di lokap selama 200 generasi. Gwa pun pening lah, 200 generasi Di lokap.

Tanpa Nama berkata...

Ini hukuman untuk orang biase biase lah TT, kalau kayangan lain pulak cara, Hakim pun terketar ketat takut kena tulah Dari kayangan lah, kah kah kah, orang biase apa dia ada? Boleh maki hamun saja macam orang kena banjir sekarang, bising bising viral video tapi tak dapat buat apa apa, Munke lawat lambai tangan saja dalam air cond, kalau turun pun siap ada karpet Merah, kah kah kah, kalau kayangan banyak kunco kunco menanti kiri kanan setia cium tangan tweet lagi, sedih oh sedih, patut majoriti rakyat sedar Dan sedar apa perlu buat? Buang saja semua puak puak ini, bagi genre baru ambik alih kalau tidak terus malap, hanya bising habuk tak nampak, kah kah kah susun barisan sekarang ok