Isnin, 27 Disember 2021

TAHNIAH - SALUT

 




Muda sumbang RM300 buat 300 keluarga terjejas banjir

PARTI Muda akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 kepada 300 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Presidennya Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata bantuan itu, di bawah program ‘Bangkit’ akan menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar selain untuk peralatan rumah, bantuan guaman dan sokongan kesihatan mental.

“Di bawah Bangkit, RM300 untuk 300 keluarga akan diberikan kepada mereka yang paling terjejas,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, pakaian sekolah, alat tulis dan komputer riba akan diberikan kepada pelajar di bawah inisiatif Bangkit.

Ia akan diberikan kepada 100 keluarga yang amat memerlukan.

Menurutnya, 50 keluarga berbeza juga akan mendapatkan produk peralatan rumah di bawah inisiatif Bangkit.

Ahli Parlimen Muar itu juga merayu kepada 4 firma besar untuk memberikan perkhidmatan pro bono untuk melihat butiran kewangan - atau perkhidmatan diskaun yang banyak - bagi bantuan mangsa banjir untuk memastikan setiap satu sen yang diterima dibelanjakan dengan bijak.

“Saya akan memastikan ia telus sebaik mungkin dan itulah sebabnya 100% perbelanjaan akan diaudit oleh pihak ketiga.”

Awal hari ini, Muda mengumumkan mereka berjaya mengumpul RM1 juta lagi untuk tabung bantuan banjir, menjadikan jumlah wang yang dikutip kepada RM2 juta.

Kutipan kali kedua bermula 22 Disember lalu khusus untuk membantu mangsa banjir di Pahang.

“Alhamdulillah, inisiatif membantu Pahang berjaya mengumpul RM1 juta dalam tempoh empat hari,” kata Muda dalam satu kenyataan.

Muda sebelum ini mengumpul RM1 juta dalam tempoh kurang 100 jam selepas melancarkan tabung itu pada 18 Disember.

Muda juga berkata, mereka sudah membantu lebih 5,000 keluarga.

Hujan lebat dan berterusan yang luar biasa sejak 17 Disember menyebabkan banjir di sebahagian besar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Hingga hari ini, terdapat 48 kematian dan lima orang masih hilang. – 27 Disember, 2021.



TAHNIAH SALUT

ANAK MUDA

AMIN

KITA JAGA KITA

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan Muda saja Tua pun bantu jugak