Selasa, 8 Februari 2022

ANUGERAH DIHORMATI

 



Mun Yee dapat gelaran Datuk

KUALA LUMPUR – Bekas ratu terjun negara, Leong Mun Yee hari ini menerima pengiktirafan membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.

Istiadat berkenaan menyaksikan atlet para negara, Abdul Latif Romly menerima gelaran sama sekaligus membuktikan keringat atlet dihargai. 

Perkara itu dikongsikan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi hantaran di Facebook.

Status berkenaan ditulis: “Bekas atlet terjun negara @AngelaLeong (Mun Yee) terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.”

Pada awal tahun ini, Mun Yee bersara daripada arena terjun selepas 27 tahun menabur bakti dengan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhir buat dirinya.


Sepanjang 27 tahun terbabit dalam sukan terjun, Mun Yee yang berpengalaman sebagai model sambilan itu menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya Sukan SEA.

Mun Yee, 37, turut pernah melakar pingat perak bersama Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m seirama wanita di Kejohanan Dunia Gwangju 2019. 

INI ANUGERAH

KERANA JASA

AMIN

BUKAN DATUK

BELI  TIMBANG

KILO DARI

MELAKA ATAU

PAHANG

KAH KAH KAH

ATAU DARI

SULTAN SULU

ATAU DATUK

DARI

KAMBOJA 

KAH KAH KAH

 SATU SEN 

TAKDA HARGA

 POOORAH

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah ramai sangat Datuk latuk lutok kah kah, dulu nak jumpa latuk latuk susah, sekarang budak umur 20 an.pun.banyak.latuk, entah macam.latuk masuk,.apa istimewa latuk ini? Ada elaun kah atau ada something special semua penjenayah perasuah perogol mahu jadi.latuk, nasib baik lah tiada latuk.latuk.dalam setengah parti, zaman dulu latuk.untuk tua bijak berjasa khidmat bakti.sekarang macam jual kacang putih kah kab kah