Selasa, 8 Februari 2022

SERANGAN KOBID MAKIN MEREBAK

 


13,944 kes Covid-19 hari ini, lapor KKM

NEGARA terus merekodkan kes Covid-19 melebihi 10,000 buat hari ketiga berturut-turut selepas melaporkan 13,944 jangkitan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes lebih 13,000 pada 26 September dengan 13,104 jangkitan dilaporkan.

Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan beban ditanggung negara kini 2.93 juta.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan kepada orang ramai situasi Covid terkawal ketika kes terus meningkat.

Ini, katanya, kerana kebanyakan kes yang membawa varian Omicron kebanyakannya dalam kategori yang tidak teruk.

Katanya di sebalik lonjakan kes, hospital masih tidak terbeban dan mampu menampung kes Covid.

Kadar jangkitan juga melonjak daripada 1.27 semalam kepada 1.32 hari ini dengan majoriti negeri merekodkan kadar yang lebih tinggi daripada 1.20.

Sabah dan Perlis kini mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu 1.54.

Sementara itu, menurut portal CovidNow, sebanyak 22.93 juta individu atau 98 peratus populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi, manakala 23.21 juta individu atau 99.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2.79 juta atau 88.7 peratus daripada populasi ini telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2.87 juta individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 119,543 dos vaksin telah diberikan semalam, dengan 9,321 daripadanya adalah dos pertama, 2,188 dos kedua dan 108,034 dos penggalak. – 8 Februari, 2022.

 

KOYAK RABAK

TERBARAI

AMIN

SERANGAN

SEMAKIN KUAT

AMIN

BAGAIMANA

PERTAHAN KITA

KHALAS

Tiada ulasan: