Selasa, 8 Februari 2022

EEE WAJIB BUKTIKAN

 


Jabatan Peguam Negara tolak representasi keluarga Abdul Azeez

JABATAN Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan ahli keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung permohonan kerajaan untuk melucut hak harta membabitkan wang tunai dan aset bernilai RM16 juta yang didakwa hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim berkata surat makluman berhubung penolakan representasi itu telah dihantar kepada peguam responden (ahli keluarga Abdul Azeez) pada 4 Februari lepas.

“Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi status representasi oleh pihak responden dan dukacita dimaklumkan bahawa representasi yang difailkan pada 16 November lepas telah ditolak oleh AGC,” katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin.

Peguam Prem Ramachandran yang mewakili keluarga Abdul Azeez mengesahkan telah menerima surat makluman itu.

Mahkamah memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujuhan bertulis pada pertengahan Mei ini dan menetapkan 21 Jun untuk pendengaran kes lucut hak.

Pada September 2019, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Abdul Azeez, Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa, Khaleeda Azeera termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka, Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Pada 18 Disember 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ahli keluarga Abdul Azeez untuk menangguhkan prosiding  melucut hak sementara perbicaraan kes rasuah terhadap Ahli Parlimen Baling itu yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selesai.

Abdul Azeez, 55, kini dibicarakan atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan hampir RM140 juta, yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbicaraan tersebut, bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan. – Bernama, 8 Februari, 2022.



WAJIB BUKTIKAN

DARI MANA

DATANGNYA DUIT

AMIN

TAIP SEN

WAJIB DI BERITAHU

TERMASUK JUAL

BUTANG SELUAR

KAH KAH KAH

KALAU GAGAL

RAMPAS SEMUA

AMIN

IKUT CARA

SULTAN MELAKA

RUMAH & TAPAK

RUMAH BUANG

KE LAUT

AMIN

SEMUA HASIL

TIPU & RASUAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eeee ini sejak zaman kerajaan Melayu melaka lagi dah mula kerja, Laga laga kesatuan setiakawan supaya golongan Eeee ini untung, mana ada eee miskin, sekejap Hindu sekejap isle ikut keadaan mana lebih untung, kah kah kah zaman sekarang eee untung nasi kandar, tukar Wang, semua kopiah putih pamer isle melampau siap CD bacaan ayat ayat semua strategi tipu orang isle kah kah kah malah mana ada kedai kedai Melayu pasang CD seumpama begitu? Lagu rock lagu siti ada lah, kah kah strategi eee ini cukup hebat tapi orang Kita kan cerdik hasad dengki jadi padan lah, hidup eeeee kah kah kah