Selasa, 8 Februari 2022

MUHYIDIN - KENAPA SEKARANG ?

 


Rakyat Johor perlu fikir 2 kali sebelum undi parti pemimpin korup, kata Muhyiddin

PENGUNDI Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada mereka mahu memberikan sokongan terhadap parti yang mempunyai pemimpin korup, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Najib contohnya didapati bersalah di mahkamah dan parti itu juga dipenuhi dengan kumpulan yang berdepan tuduhan di mahkamah atau ‘kluster mahkamah’,” katanya dalam sidang media hari ini di ibu negara.

Beliau menambah pengundi sepatutnya membuang Umno dan mengundi parti lain.

“Saya rasa Perikatan Nasional boleh buat yang lebih baik kerana tiada seorang pun daripada kita didakwa kerana rasuah,” katanya.

Minggu lalu Muhyiddin berkata beliau akan “malu” dikaitkan dengan Umno, sebuah parti dengan “bos” yang disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Ada hikmah Bersatu tidak bekerjasama dengan Umno. Jadi Bersatu tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin Umno.

“Secara peribadi saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai boss,” katanya dalam satu kenyataan.

Teguran pedas Muhyiddin itu dibuat selepas Najib menuduh Bersatu melalui Perikatan Nasional meletakkan calon menentang Barisan Nasional (BN) di 17 kerusi DUN pada PRN Sabah tahun lepas.

Ahli Parlimen Pekan itu juga mendakwa BN mengorbankan banyak kerusi kepada Bersatu sebagai sebahagian daripada rundingan untuk diberikan jawatan ketua menteri jika BN menang tetapi sebaliknya berlaku apabila Bersatu mendapat jawatan itu.

Muhyiddin menyangkal perkara itu dan berkata kerusi yang menyaksikan pertembungan antara PN dan BN tidak melibatkan Bersatu dan Umno sebaliknya antara Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), PBS dan BN.

Kedua-dua parti seperti yang berlaku pada PRN Melaka tidak akan bekerjasama dalam PRN Johor.

Mengenai PRN Johor akan datang Muhyiddin berkata beliau berharap SOP tidak ketat seperti di Melaka.

“Semasa pilihan raya Melaka kami tidak dapat memperkenalkan calon kami kepada pengundi.

“Bayangkan ada calon muda yang tidak dikenali dalam kalangan pengundi, bagaimana kita boleh mendekati mereka dengan SOP yang ketat,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 9 Februari untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRN Johor yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari pembubaran DUN pada 22 Januari.

Menteri Besar sementara Hasni Mohammad berkata beliau mahukan mandat yang jelas untuk mentadbir negara itu - yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Sebelum Hasni negeri itu dipimpin oleh Allahyarham Osman Sapian yang kemudiannya digantikan oleh Sahruddin Jamal.

Johor mempunyai tiga menteri besar berbeza dalam tempoh dua tahun berikutan pergolakan politik. – 7 Februari, 2022.

WOIT

MUHYIDIN KENAPA

PANDAI BERSUARA

SEKARANG

KAH KAH KAH

MASA JADI PM

NAPA LEMBAB

NAPA SEMBAB

AMIN

KALAU DULU

BERANI KERAS

JELAS TUNTAS

MACAM INI

TAK JADI

KERAJAAN GAGAL

AMIN

KHALAS

NAK JADI

TERMINATOR

I'LL BE  BACK

PERLU PARTI

YANG HEBAT

MESTI TURUN

KE JALAN RAYA

MACAM ATUK

BUAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: