Khamis, 17 Mac 2022

ANWAR MASIH CALOM TETAP PM MALAYSIA

 



Pemimpin veteran Pakatan belum sedar, kata pemerhati

PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad sudah pun memberitahu beliau tidak akan lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU), tetapi pemimpin pembangkang yang lain masih dalam penafian dan tidak ada tanda langsung untuk berundur dan memberi ruang kepada pemimpin muda, kata pemerhati politik.

Susulan kekalahan pembangkang yang amat memalukan pada Pilihan Raya Neger (PRN) Johor, pemimpin veteran ini sepatutnya tahu masa mereka sudah tamat dan berundurlah untuk memberi pemimpin muda pula mengambil alih tempat, kata mereka.

Tetapi itu, kata pemerhati politik, lebih mudah cakap daripada dilakukan.

Pemimpin veteran ini hampir tidak mungkin untuk berundur dan letak jawatan untuk memberi laluan kepada golongan muda, kata mereka.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insight pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan terus menafikan sebarang kekurangan dalam kegagalan mereka minggu lalu dan masih memimpin parti masing-masing untuk melangkah ke PRU15.

Paling-paling apa yang boleh mereka lakukan selepas kekalahan terbaru itu ialah menyeru semua parti untuk bermuhasabah diri dan bersatu bagi berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Pada PRN Johor minggu lalu, BN menang majoriti besar dengan 40 daripada 56 kerusi DUN. PH dengan hanya DAP dan Amanah menang 11, sementara PKR yang menggunakan logo sendiri hanya dapat satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin menang tiga kerusi, dengan bekas perdana menteri itu menyifatkan mereka sebagai “underdogs”. Parti golongan belia, muda yang juga mesra PH, menang satu kerusi.

Parti lain, termasuk Pejuang dan pecahan PKR, Parti Bangsa Malaysia tidak menang satu pun kerusi dengan wang deposit semua calonnya, hangus.

Ilham Centre, badan pemikir yang menjalankan beberapa kajian dan penyelidikan berkenaan sentiment pengundi berkata pemimpin PH mengalami sindrom penafian kerana mereka gagal mengenal pasti kesilapan yang dilakukan pada PRN Melaka dan Sarawak.

Pengarah eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata walaupun ramai yang mahu pemimpin lama ini untuk berlalu, tetapi tidak guna mencadangkan sedemikian kerana pemimpin ini tidak mahu menerima kenyataan.

Beliau merujuk kepada Presiden PKR dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim, veteran DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu yang mengetuai Amanah.

“Pemimpin PH perlu kaji balik semua keputusan yang mereka buat di Johor. Memang jelas mereka gagal memahami kehendak pengundi,” kata Hisommudin.

“Apa yang mereka buat ialah kitar semua naratif lama di mana pengundi sudah muak dengan isu basi. PH tidak menangani masalah pertelingkahan dalaman dan isu semasa seperti kenaikan harga makanan.

“Malah, masa ceramah mereka juga tidak ada pemimpin yang bercakap isu ini.

“Kesilapan kedua ialah menggunakan logo berbeza. Keputusan berbuat demikian tidak berasas. Anwar tunduk pada tekanan dalam partinya untuk guna logo sendiri. Ia tindakan penting diri dan akhirnya makan diri.

“Jika Anwar dan sekutunya ambil iktibar daripada PRN Melaka dan Sarawak, mereka tidak sepatutnya dapat keputusan seteruk ini di Johor.

“Jadi mereka tidak belajar apa pun daripada kekalahan di Melaka dan Sarawak. Saya memang rasa mereka patut berundur, tetapi pemimpin ini mungkin memilih untuk terus kekal di situ dan menafikan sebarang kelemahan,” katanya. – 17 Mac, 2022.


WOIT

PEMERHATI

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

MASIH LAGI

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

SESUDAH KU LI

JAWATAN INI

DI PIKUL OLEH

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

INI TUGAS SUCI

INI KERJA BERAT

INI MEMERLUKAN

FIKRAH

KAH KAH KAH

YANG LAIN

YANG MUDA

TAK BERUPAYA

KAH KAH KAH

BIAR BERTONGKAT

BIAR BERGOBEK

KERUSI PM

MASIH IDAMAN

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: