Khamis, 17 Mac 2022

RAFIZI PALING BIJAK

 


Rafizi Ramli umum tanding jawatan timbalan presiden PKR

BEKAS naib presiden PKR Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan nombor dua parti itu dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada Mei.

Dalam kempen itu, beliau antara lain akan menumpukan usaha mengembalikan sokongan ke atas PKR dan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya, katanya.

“... Politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika (PKR) dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan akan datang.” 


Tambahnya, beliau mahu menambat semula hati pengundi yang semakin terpisah dan lesu kerana melihat parti lebih menumpukan usaha merebut kuasa daripada membela nasib mereka.

Sementelahan pula, masih tiada tanda bahawa pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan parti yang bersaing dengan Umno serta BN akan mendatangkan hasil.

Kini, timbul pula rancangan untuk membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), katanya yang menolak “kegilaan” membentuk gabungan seperti itu tanpa mengira sentimen rakyat.

Jelasnya, rakyat kemudian melihat bahawa PKR dan PH semakin menjauh kerana taksub kepada gabungan politik dari satu khemah ke satu khemah.

“Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga PKR dan Pakatan Harapan nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat,” katanya.


Rafizi yang juga bekas setiausaha agung PKR berkata, pendiriannya terhadap kempen sebegitu disuarakan sejak 2019, yang menyebabkan beliau berundur dari kedudukan strategik parti waktu itu.

“Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju,” jelasnya yang menyebut prinsip tanggungjawab.

Tambahnya, beliau kini memutuskan untuk kembali ke arena utama selepas menerima pujukan golongan akar umbi parti.

“Saya terus mendapat desakan dari pendukung PKR dan Pakatan Harapan dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik.

“Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan PKR dan Pakatan Harapan,” katanya.

Pada 2018, Rafizi tewas dalam kempennya menentang penyandang di jawatan timbalan presiden PKR.

Pada Februari 2020, Azmin berpaling tadah bersama pemimpin lain PKR, termasuk Zuraida Kamaruddin dan Rina Harun yang menyertai Bersatu untuk membentuk kerajaan baharu bersama PN.

Jawatan timbalan presiden PKR tidak diisi mana-mana pemimpin sejak itu.

Dalam tahun itu juga, Rafizi memberi amaran kepada Anwar Ibrahim mengenai risiko dibawa golongan oportunis dalam lingkungan presiden PKR itu.

Rafizi didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pada 2018 ekoran pendedahan dilakukannya ke atas skandal projek lembu National Feedlot Corporation.

Beliau dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan pada 2019 dan seterusnya menggerakkan NGO Invoke.– 15 Mac 2022.




RAFIZI SOSOK

PALING BIJAK

KAH KAH KAH

TAKDA SAPA

DALAM PKR

SEBIJAK RAFIZI

KAH KAH KAH

MULA MULA AKAN

GADUH DENGAN

SALVADOR

KAH KAH KAH

KEMUDIAN AKAN

BUANG SEMUA

AHLI PKR YANG

BOLEH BERFIKIR

KAH KAH KAH

UNTUK PASTIKAN

HANYA PKR ADA

SATU PANDANGAN

AMIN

5 ulasan:

HALIMI MN berkata...

Saya cadang jadi lawan Presiden

Tanpa Nama berkata...

Maksud TT, PKR bakal ada pemimpin diktator?

Tanpa Nama berkata...

Isham, nak tanya sikit. Boleh ke percaya Rafizi?

AktaHasutan1948 berkata...

Tapi Tun M lagi bijak daripada bdk2 PKR ni... wakakakakkakakakkaa

Kami Sayang Tun!!!.. kah kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Fiziboyak mimang bijak ..sapa kata Fizi tak bijak ..kalau lu tak caya lu cobak terai churik brifkes dia ..memacam formula ada, termasuk formula minyak 1.50 ..