Khamis, 17 Mac 2022

HAK SARAWAK

 



Tuntutan desak kemerdekaan demi kepentingan Sarawak, kata aktivis

AHLI politik pro kemerdekaan Sarawak, Voon Lee Shan, penggerak tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuching untuk mengisytiharkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai perjanjian tidak sah, berkata beliau bertindak sedemikian supaya rakyat Sarawak dan Sabah “tahu apa yang berlaku kepada kita”.

Tuntutan itu yang difailkan tahun lalu oleh 11 aktivis pro kemerdekaan dan hak negeri diketuai Dorus Katan Juman, memohon beberapa pengisytiharan termasuk Sarawak dibenarkan keluar Malaysia, dengan sebab pelanggaran MA63.

Dominique Ng, aktivis hak negeri berkata agak ramai plantif adalah pemimpin dan ahli Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), satu kumpulan pendesak kemerdekaan.

Voon, peguam di Majlis Peguam Sarawak dan presiden Parti Bumi Kenyalang, memfailkan tuntutan itu pada November menerusi firmanya, Tetuan Voon & Co.

Peguam yang mewakili plaintif ialah Tiong Ing Ning, yang juga peguam di firma Voon.

Walaupun tuntutan difailkan tahun lalu, Voon menyerahkan writ pindaan dan penyata tuntutan kepada defendan – Putrajaya, kerajaan British dan Sarawak – hanya baru-baru ini.

Pada pengurusan kes pertama Selasa lalu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew, Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak berkata mereka akan membuat permohonan menolak tuntutan itu.

“Daripada kajian saya, Sabah dan Sarawak digabungkan oleh Tanak Melayu untuk meluaskan jajahan Tanah Melayu melalui Perjanjian Malaysia 1963,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Sukar untuk meyakinkan saya yang Sabah dan Sarawak bukan tanah jajahan Tanah Melayu.”

Voon berkata kerajaan negeri Sarawak oleh itu tidak sepatutnya cuba membatalkan tuntutan itu, untuk manfaat Sarawak.

“Ini kerana kita ada hak untuk bebas dan tidak dijajah atau dijajah semula oleh pihak lain.”

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Voon berkata jika mahkamah mengisytiharkan MA63 tidak sah, maka “Malaysia patut dipecahkan”.

“Tanpa MA1963 yang dimasukkan oleh United Kingdom dan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan boleh terbentuk pada 1963.”

Beliau berkata selepas berdekad lamanya di Malaysia, ramai rakyat Sarawak sedar penyatuan dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia tidak banyak membantu menaikkan taraf hidup kebanyakan rakyat Sarawak.

“Walaupun kaya dengan sumber asli, minyak dan gas, Sarawak kekal menjadi negeri tidak membangun dan miskin di Malaysia,” katanya.

Katanya, penyatuan itu malah menyebabkan Sarawak hilang aset paling penting, minyak dan gas, menerusi undang-undang kontroversi yang diluluskan iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74). – 17 Mac, 2022.

 HAK MERDEKA

MENENTUKAN

MASA DEPAN

NEGARA SENDIRI

WAJIB DISOKONG

AMIN 

HANYA SATU

INGATAN

AMIN

GERAKAN WAJIB

DIPIMPIN OLEH

DAYAK

AMIN

JIKA ETNIK CHINA

MEMIMPIN

TAK JADI 

MALAH AMAT

 BAHAYA

AMIN

BELAJAR DARI

PENGALAMAN

DI SEMENANJUNG

AMIN

NANTI JADI

BONEKA  

CHINA MERAH

YANG TUNGGU

PELUANG TERBUKA

DI WILAYAH 

NUSANTARA

KHALAS

Tiada ulasan: